Fungsi auto reload sudah aktif untuk E-Wallet Touch 'n Go

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Touch 'n Go (TnG) akhirnya sudah mengaktifkan fungsi auto-reload untuk aplikasi E-Wallet mereka.

Ini bermakna jika anda menggunakan RFID anda setiap hari, anda tidak perlu rungsing kerana ia sentiasa mempunyai baki yang mencukupi.

Paling menarik, TnG tidak mengenakan bayaran surcaj setiap kali anda menambah baki secara auto-reload.

Apa yang anda perlu lakukan ialah buka aplikasi E-Wallet dan pilih fungsi auto-reload.

 

 

Anda boleh pilih untuk reload secara automatik bila baki E-Wallet mencapai jumlah minima RM20 (anda boleh pilih jumlah sehingga RM100 pun).

Jumlah auto-reload juga boleh dipilih dari serendah RM20 sehingga RM250.

Buat masa sekarang, ia hanya boleh digunakan sekiranya mod pembayaran dilakukan menggunakan kad kredit sahaja.

Sebelum ini TnG telah memperkenalkan cara untuk menambah baki kad fizikal TnG anda melalui E-Wallet mereka.


* Baca laporan tambah bali atau reload kad fizikal TnG anda di pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan…
Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…