FSR Technology lancarkan ShiftBoss, sistem Quickshifter "standalone" untuk motosikal

oleh Danial Yasin Suhaimi|

FSR Technology yang merupakan pereka untuk ECU TuneBoss telah melancarkan produk baharu mereka, iaitu ShiftBoss yang merupakan sistem Quickshifter "standalone" untuk motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang anda tahu, sistem Quickshifter berfungsi untuk membenarkan penunggang menukar gear dengan pantas tanpa menarik klac untuk motosikal manual.

 

2

 

Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali menyatakan ShiftBoss merupakan sistem jenis "standalone" berevolusi dari beberapa jenis sistem Quickshifter yang telah dikaji dan dibangunkan oleh FSR selama 10 tahun.

Menariknya, ShiftBoss membolehkan pemilik dengan motosikal 1 atau 2 silinder Fuel Injection merasai fungsi Quickshifter tanpa perlu menukar kepada ECU lain dan boleh dipasang secara Plug n Play.

 

3

 

Kit ShiftBoss didatangkan lengkap untuk digunakan dengan empat bahagian utama, iaitu 'Modular Mounting Bracket', sensor "contactless", modul kawalan dan satu atau dua modul nyalaan, bergantung kepada jenis motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali berkata, “Disebabkan reka bentuk kit Quickshifter yang lebih universal, pada masa ini kami telah mengenalpasti 20 motosikal daripada beberapa jenama yang boleh dipasang dengan ShiftBoss,"

 

4

 

"Termasuk semua model yang boleh memasang ECU kami iaitu Yamaha FZ150i, Y15ZR, Y16, MT15, R15, R25, Honda RS150, CBR150 dan SYM VF3i. Selebihnya ialah Yamaha MT-07, Suzuki Raider R150, GSX-S150 dan R150, SV650, V-Strom 650, KTM RC690, Duke 390, Modenas Pulsar 200 dan senarai ini semakin bertambah."

"Menggunakan sensor 'contactless', ketahanan produk shifter kami lebih baik kerana sensor ini kalis air sepenuhnya. Ia juga tiada bahagian suis yang boleh haus akibat geseran atau karat."

 

4

 

"Sensor ini juga jauh lebih mampu milik berbanding sensor jenis "load cell" yang selalu digunakan pada quickshifter lain. Sistem braket pemasangan universal kami yang inovatif membolehkan pemasangan sensor pada kebanyakan reka bentuk 'footrest' tanpa modifikasi."

ShiftBoss akan mula dipasarkan seawal Februari 2023 dengan harga jualan bermula dari RM399 untuk motosikal yang menggunakan satu modul nyalaan (1 silinder), dan RM599 untuk versi dengan dua modul nyalaan (2 silinder).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat teknologi tempatan milik bumiputra, FSR technology kini menghasilkan model quickshifter…
Berita Domestik
Dengan harga serendah RM299 untuk model Lagenda dan Wave, sehingga RM799 untuk model Yamaha R25,…