FSR Technology lancar ECU TuneBoss generasi kedua - harga dari RM299

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena ulang tahun yang ke-10, FSR Technology kini menawarkan unit kawalan enjin (ECU) generasi kedua TuneBoss bagi menggantikan ECU generasi pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2014.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan harga serendah RM299 untuk model Lagenda dan Wave, sehingga RM799 untuk model Yamaha R25, unit ECU generasi kedua ini menawarkan tiga tahap penyesuaian dengan harga yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan ECU generasi pertama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali menjelaskan, "TuneBoss generasi pertama merupakan ECU motosikal yang pertama di dunia yang didatangkan dengan sokongan Bluetooth, membolehkan sambungan kepada peranti pintar dengan lebih mudah.
 

TuneBoss


"Fokus kami pada ECU TuneBoss generasi kedua adalah untuk menjadikan teknologi dengan ciri prestasi yang lebih tinggi, dan lebih mudah untuk diakses oleh golongan pelanggan yang memerlukannya.

Untuk peningkatan tahap prestasi ECU, pelanggan boleh menyahkunci tetapan secara elektronik di pengedar sah TuneBoss.

"Setiap ECU TuneBoss yang dijual datang dalam tetapan Stage 1 yang sudah cukup memadai untuk pengguna yang mahukan sedikit 'oooomph' dari jentera mereka yang sudah dimodifikasi secara ringan.

"Namun untuk pengguna jentera yang sudah menjalani modifikasi tahap tinggi, mereka boleh menaik taraf atau nyahkunci ECU kepada Stage 2 yang memberikan keupayaan seperti kawalan penuh sistem pancitan bahan api, sistem pencucuhan, serta sistem VVA (Variable Valve Actuation) dengan menambah RM200 kepada harga asal ECU Stage 1.
 

FSR


Pengguna yang menaik taraf ke Stage 2 dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian juga mendapat tambahan tempoh jaminan kepada dua tahun, berbanding jaminan satu tahun untuk ECU Stage 1.

Sementara ciri yang terdapat pada Stage 3 pula merangkumi kawalan sistem suntikan bahan api tambahan, sistem talaan sudut suntikan bahan api, serta sistem kawalan pam penyejuk jenis elektrik (PWM) yang khusus untuk ECU TuneBoss generasi kedua sahaja, dan boleh dinyahkunci dengan tambahan RM250 kepada kos ECU Stage 1 dan 2.

Kesemua ciri ini telah dihasilkan menerusi kerjasama dengan beberapa pasukan perlumbaan untuk tempoh beberapa tahun dengan keputusan yang memberangsangkan.

Selain daripada ECU TuneBoss generasi kedua, terdapat juga dua buah model ECU baharu yang dilancarkan untuk model Yamaha Y16ZR dan MT15 dengan harga jualan bermula dari RM399.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Operasi FSR Technology, Suffian Zamali turut memberikan bayangan kejutan baharu yang bakal dibawakan oleh pihak mereka tidak lama lagi.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Seperti yang anda tahu, sistem Quickshifter berfungsi untuk membenarkan penunggang menukar gear…
Berita Domestik
Syarikat teknologi tempatan milik bumiputra, FSR technology kini menghasilkan model quickshifter…