'Fred Flintstone' ditahan kerana memandu laju

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki yang menyamar sebagai Fred Flintstone telah ditahan oleh pihak berkuasa Florida atas kesalahan memandu melebihi had laju menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai seakan dari zaman batu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Don Swartz yang ditahan pada 4 November lalu didapati bersalah kerana memandu dengan laju di Meadow Bedrock Pointe Subdivision, Wesley Chapel. 
 


Menariknya, Bedrock merupakan bandar prasejarah di mana karakter Flinstone tersebut tinggal berdasarkan siri animasi tersebut. 

Berikutkan insiden tersebut, Pasco Sheriff Officer terpaksa menahan karakter tersebut untuk siasatan lanjut dan kereta zaman batu beliau turut dirampas.