Frauscher x Porsche 850 Fantom Air, guna unit pacuan elektrik Macan Turbo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Frauscher x Porsche 850 Fantom Air
Frauscher x Porsche 850 Fantom Air
Pengeluar kereta dengan kenderaan di atas air merupakan perkara biasa. 

Contoh terbaru boleh dilihat melalui kerjasama di antara Porsche dan Frauscher Shipyard dari Austria.

Bot sport Frauscher x Porsche 850 Fantom menggunakan unit pacuan elektrik dari Macan Turbo!

Kerjasama di antara dua syarikat sudah berlangsung sebelum ini dengan bot terbaru menggunakan dek tertutup.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Frauscher x Porsche 850 Fantom Air

 

Bot sport ini berukuran 8.67 meter (m) panjang dan 2.49 m lebar.

Motor PSM (Permanent Magnet Synchronous Motor) dari Porsche Macan Turbo memiliki kuasa sehingga 400 kilowatt (kW).

Unit kawalan ditempatkan di dalam kotak kalis air dan tertera logo Porsche. Bateri dengan kapasiti 100 kilowatt-jam (kWj) turut diambil dari Macan Turbo.

Dari segi muatan, 850 Fantom baharu boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang. 

 

Frauscher x Porsche 850 Fantom Air

 

Studio F. A. Porsche in Zell am See di Austria dan Style Porsche di Weissach di Jerman memainkan peranan utama di dalam rekaan kokpit.

Stereng dan kerusi ala kereta sport termasuk logo Porsche pada penyandar kepala.

Sama seperti kereta sport dari Porsche, pelanggan boleh memilih balutan dan kemasan mengikut pilihan peribadi.

Unit pertama Frauscher x Porsche 850 Fantom dibuat dalam warna Oakgreen Metallic Neo dan dalaman Truffle Brown.

Frauscher x Porsche 850 Fantom Air

Fantom elektrik turut dilengkapi sistem bunyi premium dan sambungan WiFi serta Bluetooth.

Sama seperti Macan, skrin kedua turut ditawarkan kepada penumpang sebelah.

Walaupun terbuka, Fantom dilengkapi lampu suasana LED dan untuk lebih meriah lampu nyalaan LED di dalam air pada bahagian belakang.

Dari segi pembuatan, bot ini dibuat di limbungan kapal Frauscher di Ohlsdorf.

Frauscher x Porsche 850 Fantom Air

Porsche bekalkan bateri dan sistem pacuan termasuk unit kawalan dalam bentuk modul pra pemasangan.

Frauscher bertanggungjawab terhadap pemasangan akhir, logistik jualan dan pengurusan selepas jualan.

Harga Frauscher x Porsche 850 Fantom bermula daripada 572,934 euro (RM2,669,441).

Ciri-ciri Frauscher x Porsche 850 Fantom:

  • Mod pemanduan: Docking – Range – Sport – Sport Plus
  • Kelajuan tertinggi (Sport Plus): Sekitar 90 km/j (49 kn)
  • Jarak pemanduan perlahan: Sekitar 100 km
  • Jarak jelajah (41 km/j/22 kn): Sekitar 45 km
  • Pengecasan DC: 270 kW
  • Pengecasan AC: 11 kW

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Frauscher x Porsche 850 Fantom Air