Franco Morbidelli sertai WRC Monza - pandu Hyundai i20 R5!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT Franco Morbidelli akan menyertai acara perlumbaan World Rally Championship (WRC) buat pertama kali di dalam sejarah kariernya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau dijangka memandu bagi pasukan Hyundai Rally Team Italia pada pusingan Rally Monza yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember sehingga 6 Disember ini di dalam kelas WRC3 menggunakan jentera Hyundai i20 R5.

Menurut Morbidelli, beliau berasa amat teruja untuk merasai sendiri pengalaman di dalam WRC.

"Ia bakal menjadi satu peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada pemandu-pemandu terbaik di dunia, dan bersaing dalam disiplin sukan yang sama sekali berbeza.

Morbidelli bukanlah pelumba MotoGP pertama yang bertukar karier, ini kerana sebelum ini juara tujuh kali Valentino Rossi juga turut bertanding dan memenangi kejuaraan Monza tujuh kali antara tahun 2006 dan 2018.

Menurut ketua pasukan Hyundai Rally Team Italia Riccardo Scandola berkata, "kami bekerja keras untuk membenarkan Franco mendapatkan keyakinan, di mana ia bakal menjadi 'pejabat'nya selama empat hari.

"Ini bakal menjadi satu cabaran besar buat pasukan, namun saya yakin ia bakal menjadi satu perkara yang mengujakan.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

MotorGP
Kecederaan ini sudah cukup untuk menyebabkan Franco terlepas perlumbaan pada minggu ini, dan beliau…
MotorGP
Pelancaran dalam talian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Prinsipal Pasukan, Razlan Razali diikuti…
MotorGP
Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga…