Foxconn berganding dengan Indonesia pula

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pembuat telefon iPhone untuk Apple, Foxconn Taiwan telah menjalin satu usahasama bersama Kementerian Pelaburan Indonesia dan beberapa syarikat lain untuk projek pembuatan kereta elektrik (EV) untuk rantai Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT PCL Thailand.

Memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Foxconn termasuklah pelaburan dalam penghasilan bateri EV bersama Kementerian Pelaburan Indonesia, Syarikat Bateri Indonesia, PT Indika Energy dan juga pembuat skuter elektrik Taiwan, Gogoro.

Kerjasama itu ialah untuk menghasilkan satu ekosistem besar di Indonesia untuk sistem penyimpanan tenaga, stesen penukaran bateri dan proses kitar semula bateri.

Foxconn bercadang untuk membekalkan 10 peratus dari perkhidmatan dan komponen EV global menjelang 2025 hingga 2027. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan Ahad lalu mengumumkan Foxconn merancang untuk membangunkan…