Foxconn akan hasilkan EV untuk dua jenama Jepun - Laporan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foxconn dilapor akan menghasilkan kenderaan elektrik (EV) untuk dua syarikat Jepun yang tidak didedahkan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pengeluar elektronik dari Taiwan itu sebelum ini telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Nissan, tetapi pengerusi Foxconn, Young Liu, tidak menyebut syarikat mana yang sedang dipertimbangkan.

Menurut laporan Focus Taiwan, Liu menyatakan bahawa syarikatnya merancang untuk menandatangani perjanjian dalam tempoh dua bulan akan datang bagi perkhidmatan reka bentuk dan pembuatan mereka.

Pada Februari lalu, sebelum perjanjian penggabungan antara Honda dan Nissan gagal, Liu mendedahkan bahawa Foxconn berminat untuk bekerjasama dengan Nissan.

Beliau menekankan bahawa syarikatnya mahu menawarkan perkhidmatannya kepada Nissan, bukan mengambil alih syarikat itu.

Kini, dengan pelantikan CEO baharu di Nissan, bukan sahaja kemungkinan penggabungan dengan Honda boleh kembali dipertimbangkan, tetapi Nissan juga mungkin lebih terbuka kepada perjanjian lain dalam usaha memperbaiki kedudukan kewangannya.

Syarikat elektronik yang secara rasmi dikenali sebagai Hon Hai Precision Industry Co itu sedang berusaha untuk mengembangkan operasi EV mereka di bawah kepimpinan bekas eksekutif Nissan, Jun Seki.

Selain itu, pengerusi Foxconn turut menyatakan bahawa syarikatnya merancang untuk memulakan pengeluaran EV Model C di Amerika Utara menjelang akhir tahun ini, sesuatu yang pertama kali diumumkan pada 2021.

Minat Foxconn dalam industri kenderaan elektrik juga boleh menjadi ancaman kepada pengeluar automotif yang sudah lama bertapak, seperti Nissan, yang kini sedang bergelut dalam menghadapi persaingan semakin sengit dari China.

Masalah kewangan Nissan sudah diketahui umum, dan syarikat itu telah mengambil langkah drastik sepanjang tahun lalu untuk mengurangkan kos.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…