Foton Aumark S City Flyer dilancarkan - harga dari RM93,900

oleh Mohamad Hanif|
Angka-Tan Motor Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan komersial ringan berjenama Foton di Malaysia telah memperkenalkan sebuah trak tugas ringan Aumark S City Flyerbagi memenuhi tuntutan logistik di dalam negara.

Trak Aumark S City Flyer ini ditawarkan dalam dua versi, iaitu VDJD4 dengan jarak antara roda 2,800 mm dan VDJD6 dengan jarak antara roda 3,360 mm.

Ia dibangunkan menggunakan platform SUPER Foton yang menampilkan lima kunci utama - safety (keselamatan), utility (kegunaan), power (kuasa), efficiency (kecekapan) dan reliability (kebolehpercayaan).
 

Aumark


Foton Aumark S City Flyer ini dikuasakan oleh enjin generasi terkini 2.8 liter turbo Cummins ISF (spesifikasi Euro 3) yang mampu  menghasilkan kuasa setinggi 129 hp dan daya kilas 310 Nm @ 1,600-2,700 rpm, dipadankan dengan transmisi ZF lima nisbah kelajuan.

Transmisi tersebut menawarkan penukaran gear yang lebih lancar, dengan tahap kecekapan yang tinggi, dibantu dengan penggunaan casis aloi aluminium dan nisbah gear yang dioptimasikan untuk penjimatan bahan api.
 

Aumark


Rekaan kabin pula telah dipertingkatkan supaya mampu menawarkan pemanduan yang selesa dan mengurangkan kepenatan untuk tempoh masa yang panjang.

Terdapat juga tempat untuk meletakkan cawan serta kabinet fail di bahagian atas.

Dari segi keselamatan, Aumark S City Flyer dilengkapi dengan ciri seperti brek ABS, EBD, bantuan brek, serta dikatakan memenuhi regulasi keselamatan ECE R29.
 

Aumark


Harga jualan adalah seperti berikut:
Aumark S City Flyer 4 Wheeler BJ1065VDJD4 (2800mm) - RM 93,900
Aumark S City Flyer 4 Wheeler BJ1065VDJD6 (3360mm) - RM 95,900

Setiap trak Aumark S City Flyer didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 200,000 km yang mana tiba dahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemalangan berlaku ketika trak itu dalam perjalanan pulang selepas membawa petugas menunaikan solat…
Berita Global
Sebanyak 100 buah trak autonomi sepenuhnya kini beroperasi di lombong terbuka Yimin, dalam wilayah…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…