Foto Mazda CX-9 baharu bocor lebih awal!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Laman sesawang carscoops.com telah memuatnaik beberapa keping foto yang dikatakan model baharu Mazda CX-9 sebelum pengenalan rasminya di LA Auto Show minggu ini. Gaya rekaan model konsep Mazda Koeru telah dipinjamkan oleh model ini yang agak jelas kelihatan terutama pada bentuk jeriji dan bampar hadapan. Walaupun tidak seagresif rekaan Koeru, namun model ini masih nampak mantap dan anggun sesuai dengan segmen SUV saiz sederhananya. 2016-Mazda-CX-9-6 Profil model ini tidak jauh berbeza dengan model yang bakal digantikannya. Rekaan lampu belakang yang lebih nipis menjadikannya lebih sporty. Di bahagian dalam pula, ia sebenarnya adalah evolusi rekaan dari model terkini Mazda seperti model sedan Mazda6 dan CX-5 dengan sentuhan lebih premium dan tempat duduk tiga baris untuk tujuh orang peumpang. Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai enjin model tersebut, tetapi ada kemungkinan CX-9 baharu akan mendapat unit enjin 2.5-liter empat-sebaris Skyactive dengan pengecas turbo.