Forza 750 dilancarkan di Eropah!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasaran skuter maxi nampaknya semakin meriah bila Honda Eropah mula menampilkan secara rasmi skuter Forza 750 hari ini.

Di Malaysia, Forza cuma datang dalam varian enjin 300cc dan kemungkinan besar, Forza 750 ini bakal menerjah ke pasaran tempatan tahun hadapan untuk duduk satu kelompok dengan X-ADV, skuter maxi crossover yang popular.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan enjin yang sama dengan X-ADV dan juga Integra, enjin 2-silinder selari 745cc sejukan cecair dengan lapan injap ini menghasilkan 54hp dan 69.15 Nm.

Tenaga dihantar ke roda belakang melalui transmisi DCT dwi-klac 6-kelajuan menggunakan rantai pemacu.

 

 

Seberat 235 kg, Forza ini mempunyai tangki bahan api sebesart 13.2 liter dan penggunaan bahan api sebanyak 3.6L/100km cukup untuk memberikan perjalanan melebihi 400 km, mantap untuk mereka yang gemar menunggang jauh.

Sistem gantungan pula ialah sepasang fork 41 mm di hadapan dengan jarak laras 120 mm sementara lengan ayun Pro-Link lengkap dengan peredam mono mampu memberikan gerakan sejauh 120 mm bagi menyerap segala kekusutan jalan.

 

 

Saiz tayar pula ialah 120/70 R17 di hadapan dan 160/60 R15 di belakang. Brek lengkap dengan ABS dua hala sementara brek hadapan lengkap dengan cakera bersaiz 310 mm dengan angkup Nissin 4-piston.

Antara kelengkapan yang menarik perhatian ialah ruang kargo di bawah pelana sebesar 22 liter dengan port USB, empat mod tunggangan (Standard, Sport, Rain, User), aksesori untuk menjadikan ia sebuah motosikal GT (panniers, skrin besar dan sebagainya) serta sistem Honda Smartphone Voice Control yang menggunakan skrin LCD untuk berkomunikasi dengan telefon bimbit anda.

 

 

Posisi menunggang kelihatan mirip kepada pesaing utamanya, Yamaha T-Max yang memang sudah menjadi lagenda di dalam dunia skuter maxi.

Boon Siew Honda memang semakin rajin membawa masuk model-model canggih untuk pasaran tempatan dan Careta tidak teragak-agak meneka bahawa Forza 750 ini bakal diperkenalkan di sini.

Hong Leong Yamaha pula nampaknya merelakan T-Max mereka dibawa masuk oleh pengimport-pengimport recond yang mampu memberikan perlindungan waranti serta khidmat selepas jualan sebaik pengeluar.

Mana pilihan anda? Forza 750, X-ADV atau Yamaha T-Max? 

Tonton video rasmi Forza 750 di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…