Formula polisi kereta elektrik di Norway

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jualan kereta di Norway sangat unik kerana penguasaan pasaran kereta elektrik (EV) di Norway mampu mencapai sehingga lebih 30 peratus daripada keseluruhan jualan kereta. Malah jualan kereta elektrik dan hybrid di Norway pada tahun 2018 melebihi 60 peratus berbanding jualan kereta enjin konvensional.


Rekod jualan Januari sehingga Jun pada tahun ini pula, mencatatkan jualan kereta elektrik di Norway mampu mencapai 36,300 unit dengan penguasaan pasaran sehingga 36.3 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini membawa maksud bahawa setiap tiga kereta baharu yang terjual di Norway, satu daripadanya adalah kereta elektrik. 

 

Pada bulan Mac lalu jualan kereta elektrik di Norway mencapai hampir 60 peratus daripada keseluruhan kereta. Rekod ini jelas menunjukkan formula penjualan kenderaan elektrik di Norway sangat berjaya.

 

Walaupun jualan kenderaan EV di China dan Amerika Syarikat jauh lebih tinggi tetapi hanya dibawah 4 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan.

 

 

Kerajaan Norway telah memperkenalkan insentif untuk pembelian kereta elektrik di Norway bermula dari tahun 1990an lagi. Mereka telah memperkenalkan cukai jalan dan kadar tol yang lebih rendah. Turut diperkenalkan juga tempat letak kereta percuma di beberapa lokasi tertentu di Norway khas untuk kenderaan elektrik ini.

 


Think Global merupakan pengeluar kereta EV dari Norway yang ditubuhkan pada 1991 bagi memenuhi polisi kerajaan Norway mempromosi kereta EV. Walau bagaimana pun syarikat ini telah muflis pada 2011 setelah 4 kali memfailkan notis muflis sepanjang 20 tahun beroperasi.


 

 

Tahun 2001 menyaksikan kerajaan Norway memperkenalkan rebat cukai jualan sehingga 25 peratus kepada pembeli kereta EV. Turut diperkenalkan juga adalah kebenaran untuk kereta EV menggunakan lorong khas Bas pada tahun 2005.

 

 

Pada tahun yang sama juga, pembinaan penambahan stesen pengecasan untuk kereta EV telah dibangunkan dan kini syarikat pengeluar kereta dan swasta yang lain membuat pemasangan stesen pengecasan EV sendiri di Norway, kerajaan Norway merancang untuk pemasangan stesen pengecasan semula EV setiap 50 km di jalanrayanya pada masa akan datang.
 

 

 

Kerajaan Norway berjaya mencapai sasaran 50 ribu EV 3 tahun lebih awal. Berikut adalah polisi kenderaan EV di Norway :

 

 

  • Rebat cukai jualan 25 peratus (VAT)
  • Dikecualikan dari cukai import dan lain-lain cukai
  • Dikecualikan dari tol dan tambang feri
  • Cukai jalan yang rendah berbanding kereta petrol dan diesel
  • Parkir percuma 
  • Rebat 50 peratus cukai untuk pembelian oleh syarikat
  • Dibenarkan menggunakan lorong bas dan lorong perkongsian kenderaan (Car Pool) walaupun tiada penumpang
  • Jika membeli kereta EV secara pajakan, pembeli akan menerima 25 peratus rebat cukai jualan
  • Cukai berganda untuk kenderaan bukan EV
  • 10 tahun akan datang tiada lagi kereta enjin petrol dan diesel dibenarkan dijual di Norway

 

Dilaporkan bahawa kerajaan Norway akan menghapuskan pemberian insentif pengecualian cukai dan rebat untuk kenderaan EV tidak lama lagi, kerajaan Norway percaya rakyatnya telah berjaya diyakinkan dengan kelebihan memiliki kenderaan EV setelah program mempromosi EV diperkenalkan pada 1989 dan dilaksanakan pada 1990 yang telah melalui pelbagai fasa penambah baikkan.

 

Antara negara yang dilaporkan mempunyai polisi EV terbaik selain Norway: Iceland, China, Amerika Syarikat, UK, dan Canada.

 

China dilaporkan mengambil sebahagian polisi EV Norway dan terus dilaksanakan melihat lonjakan jualan kenderaan EV berkembang pesat.

 


 

 

 

Pada tahun 2016 kerajaan UK menjalankan kaji selidik pandangan rakyatnya berkenaan kereta EV, berikut adalah hasil kaji selidik tersebut:

 

ev british govern

 

 

Ya, faktor utama mendorong jualan EV di Norway adalah datangnya dari kerajaan Norway itu sendiri yang dilihat sanggup kehilangan sedikit pendapatan cukai kenderaan agar rakyat terdedah dengan kenderaan EV dan kemudian syarikat kereta dan swasta yang lain turut membanjiri pasaran Norway dengan pelbagai teknologi EV.

 

World Economic Forum menjangkakan EV akan berkembang dari 4 peratus hari ini sehingga 40 peratus pada tahun 2030.

 

pic 2

 

 

 

Penulis: Muhamad Qalif

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Global
  Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, presiden yang juga merangkap pengasas bersama Nio, Qin Lihong mendedahkan…