Formula One umum lokasi baharu perlumbaan musim 2020 - Nurburgring, Portugal, Imola

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada keadaan yang disebabkan oleh wabak COVID-19 yang tidak mengizinkan, ini memaksa sukan berprestij Formula One untuk mengelakkan penganjuran di benua Amerika untuk musim perlumbaan 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, deruman jentera Formula One tidak akan didengari di litar Brazil, USA, Mexico dan Kanada pada tahun ini bagi mengurangkan perjalanan selain memastikan tahap keselamatan komuniti dan staf kekal terpelihara.

Pusingan di Amerika Syarikat sepatutnya berlangsung pada 23 Oktober ini, diikuti oleh Mexican Grand Prix seminggu selepas itu dan Brazil pada 13 November.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat baru-baru ini, Formula One telah menambah tiga lokasi baharu iaitu di Litar Nurburgring (9-11 Oktober), Portugal (23-25 Oktober) serta di Imola (31 Oktober-1 November).

Perubahan jadual ini juga menyaksikan litar Nurburgring kembali menjadi litar percaturan jentera Formula One selepas kali terakhir penganjuran pada tahun 2013.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…