Formula One tidak akan berganjak dari enjin pembakaran dalaman - bos F1

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya untuk tempoh beberapa tahun akan datang, sukan berprestij Formula One masih lagi mengekalkan penggunaan enjin pembakaran dalaman pada jentera-jentera lumbanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu temubual terbaharu yang dijalankan oleh majalah Itali Quattroruote, bos F1 Stefano Domenicali menjelaskan, "trenkuasa elektrik tidak akan sekali-kali mengambil alih sukan ini. Enjin pembakaran dalaman adalah sebahagian daripada DNA F1 dan ia tidak akan berubah dala masa beberapa tahun ini.

Domenicali yang juga bekas prinsipal lasukan Scuderia Ferrari turut mengakui trend peralihan kepada penggunaan trenkuasa elektrik adalah bersifat politik, dan bukannya menjurus kepada penjagaan alam sekitar.

 


Tambah beliau lagi, kebanyakan pengeluar automotif gagal membuka perbincangan yang serius terhadap mobiliti elektrik, dan sekadar menerima keputusan untuk beralih kepada EV yang tidak berpandukan fakta.

Untuk menjadikan F1 sebagai sukan berasaskan trenkuasa elektrik sepenuh masa mungkin dilihat tidak diperlukan, memandangkan FIA sendiri sudah pun mempunyai sebuah disiplin perlumbaan yang menggunakan format yang serupa, digelar sebagai Formula E.

 

generasi kedua jentera Formula E


Formula E merupakan format perlumbaan yang terdiri daripada jentera berkuasa elektrik sepenuh masa, dan memulakan musim perlumbaan sejak dari 2014 lagi.

Jentera lumba Formula E kini bakal memasuki generasi ketiga yang akan digunakan bermula musim 2022, di mana ia memiliki kuasa setinggi 469 hp untuk pusingan kelayakan dan dihadkan kepada 402 hp untuk tujuan perlumbaan.

Sistem regeneratif pula berupaya memulihkan sehingga 600 kW ketika fasa membrek, sementara sistem bateri pula dijangka mampu untuk menyokong pengecasan pantas berkapasiti sehingga 800 kW, membolehkan pelumba mengecas jentera ketika hentian pit buat pertama kali di dalam sejarah.

Baca: Jentera Gen2 EVO Formula E 2020/2021

Sumber: DriveTribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…