Formula 1 punca penceraian Bottas dan isteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Valtteri Bottas, pelumba Formula 1 untuk pasukan Petronas Mercedes telah mengumumkan penceraian beliau dengan isterinya semalam.

Bottas, 30, mengeluarkan satu kenyataan di media sosial Twitter yang mengatakan perkahwinan beliau sudah berakhir kerana cabaran dari pekerjaan beliau sebagai pemandu Formula 1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata penceraian itu adalah terbaik untuk kedua mereka dan mereka akan tetap bersahabat.

Bottas berkahwin dengan Emilia pada bulan September, 2016. Emilia ialah seorang perenang Olimpik.

Lewis Hamilton, 34, rakan sepasukan Bottas berkata penceraian itu adalah antara bukti betapa tinggi pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam sukan berprestij tersebut.

 

 

Nico Rosberg juga pernah berkata keluarganya terpaksa melakukan pengorbanan yang tinggi untuk berjaya di dalam Formula 1.

Namun begitu Sebastian Vettel, pemandu Ferrari nampaknya sudah menjumpai keseimbangan tersebut. 

Vettel hadir lambat ke Abu Dhabi kerana menunggu kelahiran anak ketiganya.

Formula 1 musim ini akan berakhir di Abu Dhabi pada Ahad nanti.

Hamilton cemerlang di tempat pertama dan diikuti oleh Bottas. Ini juga adalah kemenangan keenam untuk Hamilton.

Tahun hadapan, Formula 1 akan mempunyai 22 perlumbaan di seluruh dunia, penambahan dari 21 perlumbaan untuk tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Sukan Bermotor
Menurut Valtteri, beliau berasa amat teruja untuk menyertai Alfa Romeo Racing ORLEN pada tahun 2022…
Sukan Bermotor
Jadi, siapakah yang bertanggungjawab di dalam penghasilan dan pengujian jentera F1 yang dipandu…