Formula 1 akan jadi sifar karbon menjelang 2030

oleh HEZERI SAMSURI|
Sukan permotoran nombor satu dunia, Formula 1 telah mengumumkan perancangan jangka masa panjang mereka semalam dengan sasaran sifar karbon menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Liberty Media, pemilik francais Formula 1 menerangkan usaha untuk ke arah itu akan dimulakan secepat mungkin.

Pengerusinya, Chase Carey berkata ia memahami kesemua organisasi perlu menyumbang untuk menangani masalah global itu.

Carey berkata enjin V6 turbo hibrid yang digunakan sekarang semenjak tahun 2014 adalah enjin yang paling efisien di dunia dan menggunakan bahan api paling minimum untuk tenaga yang dihasilkan.

"Kami percaya F1 masih terus mampu untuk mengetuai industri automotif dan kami akan bekerjasama dengan sektor tenaga dan automotif untuk menghasilkan enjin sifar carbon hybrid pertama," terang Carey.

Inisiatif lain termasuk lojistik ultra-efisien dan pejabat, fasiliti dan kilang-kilang dengan tenaga boleh baharu (renewable energy) 100 peratus. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…