Format penamaan dan rekaan gril pada kenderaan Mercedes-Benz

oleh Mohamad Hanif|
Jika pengeluar lain puas memikirkan apakah nama yang sesuai digunakan untuk setiap model baharu (tanpa memikirkan sejarah dan kesinambungan sesebuah model), lain pula caranya bagi pengeluar kenderaan segmen mewah yang lebih ringkas dan mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Mercedes-Benz dalam setiap model yang diperkenalkan, sudah tentu tidak asing dengan setiap kod nama yang diperkenalkan tiap kali pelancaran sesebuah model baharu. 

Sekali imbas, anda mungkin akan keliru dengan beberapa gandingan kod seperti CLA dan C-Class, padahal ia merupakan kenderaan daripada segmen yang berlainan. 

Jom kita semak bagaimana Mercedes-Benz menamakan kesemua kenderaan mereka:

 


Nama Model - biasanya menggunakan huruf besar

Model Utama:
A-Class - sedan/hatchback segmen C
B-Class - MPV dengan rekaan badan dua kotak
C-Class - kereta eksekutif segmen D
E-Class - kereta eksekutif segmen E
S-Class - kereta bersaiz penuh segmen F (Sonderklasse)

Model Sampingan:
X-Class - trak pikap (casis daripada Navara)
V-Class - van komersil ringan segmen M

Enjin - menggunakan kod huruf kecil

c - gas asli termampat (Contoh: B 200 c)
d - diesel (Contoh: E 350 d)
e - elektrik (Contoh: S 500 e)
f - sel bahan api (Contoh: B 200 f)
h - hibrid (Contoh: E 300 h)
4MATIC - pacuan semua roda

 

SUV


Sebagai tanda penghormatan kepada G-Wagen, kesemua SUV Mercedes-Benz dimulakan dengan kod nama 'GL', namun G-Wagen masih kekal dengan penggunaan nama asal tanpa sebarang perubahan. 

GLA - SUV A-Class
GLC - SUV C-Class (sebelum ini GLK)
GLE - SUV E-Class (sebelum ini ML/M-Class)
GLS - SUV S-Class (sebelum ini GL)
G - Geländewagen (G-wagen), kenderaan off-road mewah

 

Roadster


Roadster menggunakan kod nama 'SL' bermula pada tahun 2016 lagi. 

Terdiri daripada dua buah model iaitu: 

SL - Roadster kelas grand touring
SLC - sebelum ini dikenali dengan nama Mercedes-Benz SLK Roadster

 

Coupe empat pintu


Hanya ada dua model sahaja yang didatangkan dalam bentuk sedan coupe empat pintu, iaitu: 

CLA - sedan A-Class coupe, hanya kelas ini didatangkan dengan konfigurasi pacuan roda hadapan/4WD
CLS - sedan S-Class coupe

 

AMG


Dibawah talaan AMG, setiap kenderaan berprestasi tinggi ini dikelaskan mengikut kedudukan dua angka yang membawa maksud enjin yang digunakan. 

Setiap enjin AMG adalah merupakan binaan tangan sepenuhnya menggunakan konsep 'seorang pakar, sebuah enjin' kecuali model-model yang menggunakan nombor '35', '43', dan '53'. 

Dibawah merupakan nombor dedikasi khas beserta enjin yang digunakan oleh setiap model AMG.


Gril hadapan

Sebagai salah satu langkah membezakan antara satu sama lain, Mercedes-Benz turut membahagikan rekaan gril hadapan mengikut kelas masing-masing. 

Ketika ini, Mercedes-Benz menumpukan perhatian kepada empat perkara utama iaitu AMG, EV, kereta standard mewah dan kereta super mewah Maybach. 

 

AMG


Kesemua kenderaan berprestasi tinggi di bawah talaan AMG bakal mempunyai rekaan gril menegak, serta logo bintang Mercedes yang besar di bahagian tengah. 

 

Maybach


Divisyen super mewah Maybach mengekalkan identiti gril yang lebih ringkas, dengan tulisan Maybach pada bahagian atas. 

 

Standard


Bagi kenderaan yang bukan dibawah jenama AMG ataupun Maybach.

 

EQ


Barisan kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ mempunyai rekaan 'gril kosong' tanpa sebarang bukaan atau liang udara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…