Ford - Volkswagen - mungkin akan bekerjasama tahun hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Motor dan Volkswagen Group mungkin akan mengumumkan satu talian kerjasama antara kedua gergasi itu awal tahun hadapan.

Kerjasama itu akan meliputi perkongsian kilang-kilang pemasangan kenderaan di US dan pasaran lain, penghasilan model-model terbaharu dan juga penghasilan teknologi kenderaan autonomi dan kenderaan elektrik.

Cabaran di dalam industri automotif semakin meningkat dan pemain-pemain besar dunia juga sudah mula merasakan bahangnya. Perkongsian sumber akan merendahkan kos dan juga risiko.

Namun begitu, sejarah membuktikan Volkswagen pernah meninggalkan Ford terkapai-kapai ketika kedua jenama gergasi itu bekerjasama untuk pasaran Amerika Latin dalam tahun awal 1980-an.

Bila ekonomi semakin pulih, Volkswagen keluar dari pakatan itu dan Ford masih terus merasakan keperitan dari insiden tersebut.

General Motors juga pernah merasa peritnya penceraian apabila ia mahu keluar dari pakatan bersama Fiat. Akhirnya, GM perlu membayar US$2 billion.

Sekarang ini dunia juga bertumpu kepada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi di mana syarikat-syarikat Jepun tidak mahu lagi duduk di bawah telunjuk Barat.

Sementara itu di Malaysia, kita sedang melihat peralihan kuasa di dalam Proton apabila Geely membeli hampir majoriti saham syarikat tersebut dan diberi mandat untuk mengawal pengurusannya. 

Dunia automotif memang sedang bergolak. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jalinan kerjasama itu akan memanfaatkan komuniti luasnya yang mempunyai lebih 1.1 bilion peminat…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…
Berita Domestik
"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini. "Apa…