Ford v Ferrari filem wajib tonton tahun ini

oleh contributor|
Kisah ini diangkat dari kisah sebenar pertembungan Ford dan Ferrari di perlumbaan Le Mans 24 jam pada tahun 1966 yang diingati oleh peminat sukan permotoran kerana lahirnya kereta lagenda Ford GT40.

 

Punca pertembungan Ford dan Ferrari di litar Le Mans 24 jam ini berpunca apabila rundingan Ford untuk membeli kepentingan dan pemilikan di dalam Ferrari selama 9 bulan gagal disebabkan tindakan pemiliknya Enzo Ferrari membatalkan rundingan dan terus menjual kepentingan saham Ferrari kepada Fiat.

 

Naib Presiden Ford Lee Iacocca tahu Ford mengalami kekurangan jualan untuk pelanggan generasi muda, setelah Le Iacocca berjaya meyakinkan eksekutif Ford terutama ceo Henry Ford II yang digelar sebagai Hank the Deuce dengan memperkenalkan Ford Mustang, untuk memikat lagi jiwa pembeli kereta generasi muda Lee Iacocca sekali memujuk Henry Ford II membeli kepentingan Ferrari kerana didapati Ferrari telah rugi dan hampir muflis akan tetapi Ferrari mempunyai simbol permotoran yang terkenal.

 

Berang dengan tindakan Enzo Ferrari, Henry Ford II mengambil tindakan untuk memalukan Enzo Ferrari dilitar kegemarannya Le Mans 24 jam dengan pasukan terdiri daripada pelumba yang terbaik, jurutera terbaik dan mekanik yang terbaik dengan apa juga kos ditanggung oleh Ford.

 

Lee Lacocca melantik Carroll Selby untuk mengetuai Ford dalam misi menewaskan Ferrari di Le Mans 24 Jam. Para penganalisi automotif mengambarkan situasi ini adalah perang Ford dan Ferarri.
 

 

Carroll Selby melantik pelumba dan mekanik yang panas baran Ken Miles untuk menjadi pelumba pasukan Ford. Watak Carroll Shelby dilakokan oleh Mat Damon dan Ken Miles oleh Christian Bale.

 

Gambar dibawah adalah poster filem Ford v Ferrari yang memaparkan aktor Matt Damon dan Christian Bale disebelahnya adalah gambar Ken Miles dan Carroll Shelby yang dirakam ketika perlumbaan Le Mans 24 jam tahun 1966.

 

 

Perlumbaan Le Mans 24 jam tahun 1966 Ford mempetaruhkan jentera Ford GT40 Mark II dan Ferarri pula dengan jentera Ferrari 330 P3

 

Ford V Ferrari sudah mula ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 14 November lalu, kenapa filem ini perlu ditonton oleh peminat permotoran? IMDB memberi rating kepada Ford V Ferarri 8.3/10 manakala Rottten Tomatoes pula memberi rating 92% Tomatometer dan penonton pula memberi rating 98%.

Untuk tidak terkeliru dengan watak-watak selain Matt Damon sebagai Carroll Selby dan Christian Bale sebagai Ken Miles, watak-watak yang lain dan pelakonnya adalah seperti berikut:

 

Gambar asal sebelum perlumbaan di Le Mans 24 jam tahun 1966 kelihatan barisan kereta Ford dan Ferrari.

 

Adakah Ford berjaya menewaskan Ferrari di Le Mans 24 jam? Mungkin hujung minggu ini anda boleh menonton sendiri dan melihat keputusannya.

 

Filem Ford v Ferrari ini menelan belanja sehingga $97.6 juta dan kutipan semasa pada 18 November lalu telah mencapai $53.6 juta walaupun baru 4 hari ditayangkan diseluruh dunia.

 

 

 

Penulis : Muhamad Qalif

Rujukan :
- Ford v Ferrari : https://www.rottentomatoes.com/m/ford_v_ferrari
- Rule of Thirds $ 3 million invest 1-2-3 finish : http://gt40.rkmotorscharlotte.com/story/
- Ford V Ferrari : https://en.wikipedia.org/wiki/Ford_v_Ferrari
- 1966 24 Hours of Le Mans : https://en.m.wikipedia.org/wiki/1966_24_Hours_of_Le_Mans
- What’s Facr and What’s fiction in Ford v Ferrari : https://slate.com/culture/2019/11/ford-v-ferrari-fact-vs-fiction-le-mans-ken-miles.html

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cara pembuatan ialah dengan memanaskan sekam kepada suhu tinggi di bawah oksigen rendah dan…
Berita Global
Ford Everest Sport dibangunkan berdasarkan varian Titanium, akan tetapi ia turut menerima beberapa…
Berita Global
Dengan pengenalan Ford Mustang Mach-E, ia merupakan satu batu loncatan bagi Ford terhadap masa…