Ford uji F-150 Lightning di Alaska, macam 2 enjin hambur kuasa dalam 1 kenderaan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford F-150 Lightning
Ford F-150 Lightning
Selain pikap F-150 yang diminati ramai di Amerika Syarikat, Ford mempunyai pikap canggih F-150 Lightning yang dijana kuasa elektrik.

Pikap itu diperkenal pada Mei 2021 dan pengeluaran bakal bermula di Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Sementara belum dikeluarkan, Ford menghabiskan dua minggu di Alaska dengan suhu di bawah 30 darjah selsius.

Tujuannya adalah untuk menyempurnakan prestasi pikap di permukaan yang mempunyai cengkaman rendah seperti salji, ais dan suhu sejuk melampau bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford F-150 Lightning

 

Ujian tersebut dikenali sebagai low-mu testing dan dibuat bagi menilai bagaimana rangkaian kuasa elektrik melaras penghantaran kuasa kepada roda pada permukaan dengan cengkaman rendah.

Para jurutera Ford memandu enam buah F-150 Lightning versi pra pengeluaran di atas pelbagai permukaan seperti salji membasah dan lepas (loose snow), salji padat berbekas (packed-groomed snow), ais, separa ais keras dan sebagainya pada suhu membeku.

F-150 Lightning mampu mengesan gelinciran roda dan melaras kuasa kepada roda dalam tempoh milisaat hasil daripada respon pantas rangkaian kuasa elektrik.

 

Ford F-150 Lightning

 

Berikut adalah ciri-ciri dan fungsi pada F-150 Lightning:

  • Standard dengan dua motor, depan dan belakang.
  • Sentiasa dalam mod 4x4.
  • Penghantaran daya kilas yang pantas.
  • Standard dengan penguncian pembeza belakang (locking rear differential).
  • Mod pemanduan boleh pilih.
  • Pusat graviti rendah untuk pengendalian yang lebih meyakinkan.

 

Ford F-150 Lightning

 

Menurut jurutera rangkaian kuasa F-150 Lightning, Nick Harris, karakter pikap elektrik itu di dalam salji sangat berbeza berbanding kenderaan janaan bahan bakar.

Respon F-150 Lightning sangat cepat dan dua motor elektrik ibarat dua buah enjin yang menghamburkan kuasa dalam satu kenderaan.

Ini boleh dijangka memandangkan motor elektrik mempunyai daya kilas tinggi dengan pecutan serta merta.

Sesi ujian membolehkan jurutera F-150 Lightning membuat kalibrasi dalam masa sebenar.

 

Ford F-150 Lightning

 

Kebanyakan tugas para jurutera melibatkan koordinasi dua motor elektrik supaya saling bekerja bagi menghantar daya kilas ke jalanan agar pemilik yang memandu di atas permukaan salji dan ais merasa yakin.

Selain Alaska, kakitangan bahagian rangkaian kuasa F-150 Lightning turut melaksanakan ujian low-mu di lokasi lain seperti Upper Peninsula dan medan ujian Ford di Michigan, Borrego Springs dan Johnson Valley.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford F-150 Lightning

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck)…
Berita Global
Tidak seperti peranti pintar, kereta elektrik masih lagi tidak mempunyai satu standard pengecasan…
Berita Global
Sejak nama tersebut diwujudkan pada tahun 1948, Ford F-Series telah berjaya dihasilkan sebanyak 14…