Ford tutup semua kilang di Brazil, 5000 pekerja terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang akhir tahun yang lalu, CEO Ford Jim Farley telah bercakap kepada para pelabur berhubung masa hadapan syarikat tersebut serta keperluan untuk menyelaras operasi pada skala global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses tersebut menyaksikan Ford kini menghentikan segala operasi pembuatan komponen dan pemasangan kenderaan di Brazil yang akan menelan belanja sekitar $4.1 billion, menurut satu laporan terbaharu dari Automotive News.

Antara yang akan ditutup serta-merta termasuklah dua unit fasiliti penghasilan enjin, manakala beberapa fasiliti pembuatan komponen dan pemasangan kenderaan (Troller T4) akan terus beroperasi sehingga akhir tahun ini.

Kesan daripada itu, lebih 5,000 orang pekerja bakal terjejas akibat penutupan kilang-kilang tersebut.

Ini menjadikan Ford bakal memiliki dua unit fasiliti pembuatan di benua Amerika Selatan selepas kilang di Brazil menamatkan operasinya tidak lama lagi.

 


Selain daripada Troller T4, model-model Ford yang lain seperti EcoSport dan Ka juga akan dihentikan penjualannya di negara tersebut.

Walaupun operasi perniagaan kenderaan dihentikan, Ford akan mengekalkan beberapa unit pejabat dan pusat kajian di Brazil, termasuklah ibu pejabat syarikat yang terletak di Sao Paulo.

Difahamkan, dua buah kilang pembuatan yang terletak di Argentina dan Uruguay tidak terjejas akibat langkah terbaharu yang dilaksanakan oleh Ford.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada AutoIndustriya, fasiliti yang menjadi lokasi pemasangan model sedan Nissan…
Berita Global
Laporan terbaharu daripada Asian Nikkei Review itu menyebut, kilang Pajero Manufacturing yang…
Berita Global
Ketika ini, nasib kilang pemasangan Nissan di Sunderland, England yang bertanggungjawab memasang…