Ford Transit Custom - campervan yang cukup sporti!

oleh Mohamad Hanif|
Atas faktor fungsi dan praktikaliti, reka bentuk sesetengah campervan/motorhome/camper truck ada kalanya sedikit kekotakan, tidak menyerlah dan membosankan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda perlu lihat contoh campervan Ford Transit Custom yang dibina oleh  MS-RT dan Wellhouse Leisure. 

Daripada sebuah Ford Transit Custom, ia kini sebuah motorhome dengan tanda harga bermula dari £77,000 (RM392,756)!

 


MS-RT bertanggungjawab mereka bentuk luaran Ford Transit Custom ini supaya menjadi lebih sporti, terdiri daripada kit badan, rim aloi bersaiz 18 inci, grafik yang serba berani dan juga sistem ekzos dengan tip berkembar. 

Tidak hanya diluar, MS-RT turut mendatangkan kemasan balutan kulit putih yang disulami jahitan biru pada tempat duduk. 
 


Pihak Wellhouse Leisure pula mengambil alih tugas menentukan reka bentuk ruang dalaman dan berjaya memuatkan sebuah dapur penuh, serta katil yang dimuatkan, terima kasih kepada penggunaan bumbung yang boleh dinaikkan. 

Papan pemuka didatangkan dengan kemasan Alcantara, diikuti dengan bumbung ala-ala bintang Starlit Alcantara. 
 


Unit enjin pula masih standard dengan khidmat nadi diesel 2.0 liter EcoBlue yang mampu menjana 168 hp digandingkan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 

Jadi, siapa kata sebuah campervan/motorhome perlu memiliki rekaan yang membosankan?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
V70 didatangkan dengan platform serba baharu dan bakal bersaing secara terus dengan Ford Transit…
Berita Global
Dari segi rupa paras, Transit Custom membawakan persamaan rekaan dengan model e-Transit Custom.…
Berita Global
Bagi mendapatkan sebuah MPV sporti yang diinginkan, anda mungkin boleh merujuk kepada hasil kerja…