Ford Tourneo Connect 2022 dilancarkan - luar Ford, dalam VW Caddy

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara Ford-Volkswagen tidaklah tertumpu kepada trak pikap generasi baharu Ranger-Amarok semata-mata, akan tetapi turut merangkumi barisan model komersial yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, Ford telah melancarkan secara rasmi kenderaan komersial ringan yang dinamakan sebagai Ford Tourneo Connect, di mana ia secara asasnya merupakan versi kejuruteraan lencana daripada  model Volkswagen Caddy.

Ford Tourneo Connect 2022 ini dijangka akan muncul di Eropah awal tahun 2022 sebelum dihantar kepada pelanggan menjelang musim bunga.
 

Toruneo


Antara perubahan rekaan yang dibawakan pada Tourneo Connect adalah rekaan gril hadapan yang lebih lebar, diapit dengan unit lampu utama yang turut menempatkan lampu nyalaan siang LED berbentuk C.

Ford menawakan tiga varian utama, iaitu Sport, Titanium dan Trend, diikuti dengan sebuah varian Active yang menampilkan penambahan cladding plastik dan perubahan rekaan yang tersendiri.
 

Tourneo


Sementara ruang kabin pula masih lagi sama dengan VW Caddy, dengan papan pemuka yang minimalis, dan sistem infotainmen yang memuatkan segala macam kawalan termasuklah HVAC dan audio.

Secara standard, Tourneo Connect didatangkan dengan skrin 8.25 inci, sementara model Titanium, Sport dan Active pula dilengkapi skrin sebesar 10 inci.

Dari segi kuasa, Ford Tourneo Connect 2022 berkongsi enjin yang sama dengan Caddy, iaitu pilihan enjin TSI 1.5 liter turbo (115 hp), atau enjin TDI 2.0 liter diesel dengan angka output 122 hp atau 102 hp.

Kesemua varian didatangkan dengan transmisi standard manual enam kelajuan, atau opsyen klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
 

Tourneo


Sementara untuk versi diesel yang lebih berkuasa, Tourneo Connect 2022 ditawarkan dengan pacuan semua roda, dan penawaran transmisi manual.

Ruang kargo pula adalah sebesar 2,600 liter untuk versi standard, atau sehingga 3,100 liter untuk varian jarak antara roda panjang (LWB), dengan ruang yang mampu memuatkan barangan sepanjang tiga meter apabila tempat duduk penumpang depan dilipat.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah beberapa tempat pemegang cawan, slot pengecasan, alas lantai getah yang mudah untuk dibasuh, serta tempat duduk ergonomik dengan larasan berkuasa elektrik untuk sokongan tulang belakang.

Ford Tourneo Connect 2022 menawarkan sehingga 19 sistem bantuan pemandu yang turut merangkumi opsyen Kawalan Jelajah Adaptif, dan Towing Assist Pack.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda N-VAN e: 2024 mampu bergerak sejauh 210 km (datal WLTC…
Berita Global
Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan…
Berita Global
Jika dibandingkan dari segi ukuran, Wuling E10 ternyata mampu menjadikan kereta-kereta kei nampak…