Ford tidak akan jual Bronco di luar pasaran Amerika, buat masa ini

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak pelancaran rasmi SUV off-road Ford Bronco 2021 dan Bronco Sport 2021, sambutan yang diterima amat menggalakkan memandangkan dalam masa tiga minggu sahaja, lebih daripada 165,000 tempahan telah dicatatkan oleh Ford.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada sambutan hangat tersebut, ramai juga yang menanti-nantikan kehadiran SUV off-road tersebut (termasuk kami), namun jawapan pertama yang diterima - ia tidak akan dijual di luar pasaran Amerika Utara buat masa ini.

Menurut satu kenyataan rasmi, Ford telah mengesahkan tidak akan mengeksport Bronzo bersaiz penuh atau Bronco Sport yang lebih kecil itu untuk pasaran Eropah.

"Ford Bronco telah dibangunkan berdasarkan pasaran Amerika utara, dan tiada pelan perancangan untuk membawanya ke pasaran Eropah," wakil Ford memberitahu Automobilwoche.

 


Tidak seperti Mustang yang merupakan sebuah model bertaraf global, Ford nampaknya tidak begitu berminat untuk membangunkan model homologasi untuk pasaran Eropah disebabkan regulasi emisi di sana yang semakin ketat.

Ini turut dibuktikan dengan ketiadaan sebarang trenkuasa hibrid elektrik ditawarkan ketika pelancaran rasmi Bronco.
 
Ford Bronco 2021 didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 2.3 liter EcoBoost (270 hp) dan nadi V6 EcoBoost 2.7 liter (310 hp), sementara Bronco Sport ditawarkan dengan nadi yang lebih kecil, enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter (181 hp) dan enjin empat silinder sebaris EcoBoost 2.0 liter (245 hp).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…