Ford telah melancarkan video yang mempamerkan sedikit bentuk Focus baharu mereka.
Focus serba baharu itu akan dilancarkan di Eropah dan di China minggu hadapan sebenarnya tetapi untuk meningkatkan drama, video ini ditayangkan di website Ford Eropah.
Yang pasti, Focus baharu akan mempunyai lampu LED di tengah lampau hadapan dan tulisan Ford yang tertulis dengan terang pada pintu but.
Gambar risikan yang diambil awal tahun ini oleh sebuah laman web Eropah menunjukan Focus baharu jauh lebih sporti dan menurut ketua pasaran global Ford, Jim Farley, Focus baharu memang lebih mewah dari model sekarang.
Ford akan melancarkan Focus ini pada April 10 di London dan di Shanghai. London akan mempamerkan Focus hatchback dan station wagon sementara varian sedan akan dipersembahkan di Shanghai.
Pasaran Eropah akan menerima Focus baharu ini yang dipasang di Saarlouis, Jerman sementara pasaran US akan menerima Focus mereka dari China.
Segala kerja-kerja rekabentuk dan kejuruteraan Focus baharu ini dibuat di pusat teknikal Ford di Cologne, Jerman.
Di bawah ialah video tersebut.