Ford tawar promosi rebat tunai RM7 ribu untuk Ranger Wildtrak

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan promosi jualan yang menawarkan rebat tunai bagi model trak pikap Ford Ranger.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Promosi yang berlangsung bermula 15 April sehingga 31 Mei ini membolehkan para pembeli model trak pikap Ford Ranger Wildtrak dengan enjin 2.0 liter Bi-Turbo ini menikmati penjimatan sehingga RM7,000.

Manakala promosi yang sedang berlangsung untuk Ford Ranger XLT pula memberikan penjimatan sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 untuk Ranger XLT Plus.

 


Selaras dengan inisiatif digital SDAC-Ford, para pelanggan yang berminat boleh terus menghubungi Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp +6019-204 1200 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang, Isnin sehingga Jumaat.

Ia bertindak sebagai saluran yang menghubungkan pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat, untuk memberi khidmat nasihat berkenaan ketersediaan stok, promosi bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan dan yuran pendaftran kenderaan serta pilihan insuran, melalui talian WhatsApp, Email atau panggilan telefon.

Alternatifnya, para pelanggan boleh melayari laman web www.sdacford.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…
Berita Domestik
Rebat khas ini merupakan ganjaran tambahan kepada promosi Honda 1 Million Dreams March Special yang…