Ford tawar promosi ganjaran servis untuk 2-HARI SAHAJA, 1 dan 2 September ini!

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi Servis Berkala mereka di mana 1,000 baucar Ganjaran Servis akan dijual selama dua hari - 1 dan 2 September 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi Ganjaran Servis ini bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada para pelanggan bagi mendapatkan potongan sehingga 30 peratus dengan pembelian baucar Ganjaran Servis yang bernilai hanya RM5 dan ia sah digunakan selama 18 bulan dari tarikh pembelian.

 

Baucar Ganjaran Servis ini boleh dibeli di mana-mana pusat servis berdaftar dan sementara stok masih ada.

 

“Kami sentiasa mencari idea-idea baru untuk membantu para pelanggan kami dan memberi ganjaran di atas kesetiaan mereka. Dalam waktu yang tidak menentu ini, di mana masing-masing perlu meneruskan aktiviti harian mereka, kami berharap penjimatan ini dapat meringankan beban mereka dan pada masa yang sama dapat memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan kami di jalan raya,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

 

Dengan pembelian baucar “Ganjaran Servis” para pelanggan mendapat potongan 10 peratus bagi minyak enjin untuk servis pertama, 20 peratus bagi servis kenderaan kedua dan 30 peratus bagi servis ketiga.

 

Semasa ketiga-tiga servis berkala tersebut, pelanggan akan menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak pelincir, penapis bahan bakar dan bilah pengelap serta potongan 10 peratus untuk upah kerja.

 

Para pelanggan yang mempunyai baucar Ganjaran Servis juga boleh mengambil kesempatan mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma.

 

Penebusan baucer itu sah di mana-mana pusat servis Ford berdaftar dan perlu dikepilkan setiap kali tiga servis berkala itu dilakukan. 

 

Untuk maklumat lebih lanjut bagi promosi 2-hari ‘Ganjaran Servis’, sila layari www.sdacford.com.my.

 

Untuk menempah janji temu e-Servis untuk kenderaan Ford anda, layari www.sdacford.com.my/book-a-service-form.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…