Ford siapkan Mustang untuk berlumba, Mustang Dark Horse S dan R, GT3, GT4!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Mustang GT4
Ford Mustang GT4
Perancangan Ford untuk Mustang 2024 nampaknya dibuat secara komprehensif apabila varian berprestasi Dark Horse turut diperkenal pada hari yang sama.

Jika ada yang membuka mata apabila melihat Mustang 2024, kelopak mata boleh dibuka lebih luas atau terpana dengan Mustang Dark Horse.

Ini menunjukkan Ford serius dengan Mustang 2024 dan bukan sekadar meneruskan legasi atau hendak membuat duit.

Ada lagi sebenarnya buah tangan daripada Ford iaitu enam model Mustang yang dibuat khas untuk pelbagai perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Siri model perlumbaan Ford Mustang

 

Siri model perlumbaan itu didedahkan pada 14 September, hari yang sama Mustang 2024 dan Mustang Dark Horse diperkenal dan sekali lagi membuktikan kesungguhan Ford.

Model tersebut dibuat untuk pelbagai siri perlumbaan di serata dunia seperti GT3, GT4, NASCAR dan menariknya perlumbaan drag NHRA Factory X.

Mustang Dark Horse S

Mustang Dark Horse S adalah versi Mustang Dark Horse dengan segala kelengkapan dan kemasan yang tidak penting ditanggalkan.

Model ini dibuat untuk litar sahaja dengan enjin 5.0 liter V8 dan disasarkan kepada pemilik yang ingin menikmati pemanduan di litar atau track day.

 

Ford Mustang Dark Horse R

 

Di dalamnya dipasang rangka keselamatan standard FIA, jaring keselamatan, kerusi lumba dengan tali pinggang keledar keselamatan dan stereng perlumbaan boleh tanggal cepat.

Turut dilengkapi sistem pemutus elektrikal dan pemadaman api dan sistem paparan dan pemerolehan data.

Ruang panel tengah disusun pelbagai suis dan butang untuk lampu utama, lampu isyarat, penggilap cermin, pelaras cermin, lampu hujan dan penghad kelajuan pit.

 

Ford Mustang GT3
Ford Mustang GT3

 

Didatangkan secara standard ialah dua tempat duduk atau pelanggan boleh memilih untuk memesan satu tempat duduk sahaja.

Dengan dua kerusi, pemandu boleh berkongsi pengalaman dengan penumpang sambil melayan set bunyi ekzos penuh atau menerima tunjuk ajar daripada koc di sebelah.

Pada bahagian luar Mustang Dark Horse S dilengkapi pin bonet, cangkuk tunda depan dan belakang dan sayap belakang boleh laras.

 

Ford Mustang Supercars Championship
Ford Mustang Supercars Championship

 

Mustang Dark Horse S berkongsi roda dengan model asas namun menggunakan set brek yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan di litar.

Suspensi Multimatic DSSV dikekalkan memandangkan ia mempunyai pelbagai fungsi larasan.

Mustang Dark Horse R

Ini pula versi Mustang Dark Horse S yang lebih keras dan dibuat khusus untuk perlumbaan.

Kelengkapan sama seperti Dark Horse S dan lebih tegar dan lengkap dengan kimpalan lipit (seam welding) strategik, tangki minyak khas dan roda Ford Performance.

Mustang GT3 IMSA, Mustang GT4

 

Ford Mustang GT3
Ford Mustang GT3

 

Selain dua model di atas, Ford mengumumkan perancangan untuk kembali ke perlumbaan GT3 dengan model Mustang GT3 IMSA yang juga boleh dibeli pasukan berminat.

Perlumbaan pertama yang bakal disertai ialah 24 Jam Daytona pada 2024. 

Mustang GT3 dibangunkan oleh Ford Performance dan Multimatic dan dipacu enjin 5.4 liter V8 siri Coyote.

Mustang GT4 pula ditawarkan kepada pelanggan untuk musim perlumbaan 2023 dan boleh digunakan untuk kelas GT4 di dalam siri global IMSA, SRO dan FIA GT.

 

Ford Mustang Factory X
Ford Mustang Factory X

 

Perancangan model lumba Mustang belum selesai, sebuah model baharu akan diperkenal untuk siri perlumbaan Australian Supercars.

Selepas itu model untuk Piala NASCAR dan perlumbaan drag NHRA Factory X.

Berdasarkan perancangan ini maka lengkap Mustang untuk semua, dari pemandu di jalanan kepada litar pada hujung minggu sehingga pasukan lumba profesional!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Mustang Factory X