Ford sedang uji F-150 Raptor V8 - 700 kuasa kuda, mampu saingi enjin Hellcat

oleh Mohamad Hanif|
Modenas

Di Amerika Syarikat, segala-galanya besar. 

Termasuklah segmen kenderaan paling popular di sana, trak pikap bersaiz penuh menjadi pilihan golongan yang rata-ratanya mahukan sebuah kenderaan gaya hidup yang versatil. 

Dan kegilaan terhadap perkara besar tidak terhenti setakat itu, kerana mereka juga sebenarnya gilakan enjin berkapasiti besar!

Seperti contoh, Ford F-150 Raptor yang dipasarkan di sana hadir dengan enjin EcoBoost V6 3.5 liter dengan kuasa sekitar 450 hp, dan ia nampaknya masih belum cukup memuaskan hati, kerana rata-ratanya mahukan sebuah enjin yang lebih berkuasa.

Salah satu pilihan yang ada ialah enjin bentangan V8 yang menjadi kelaziman pada kenderaan-kenderaan di jalan Amerika suatu ketika dahulu, dan ini tidak mustahil untuk dijadikan sebagai satu realiti. 
 


Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Ford Authority menyatakan bahawa pihak Ford dikatakan sedang menguji trak pikap F-150 Raptor tersebut yang dikuasakan oleh enjin V8. 

Dengan adanya Raptor V8 ini, ia mampu untuk memberikan saingan rapat kepada trak pikap paling berkuasa yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, Ram Rebel TRX dengan enjin Hellcat V8 berkuasa 700 kuasa kuda. 

Antara calon enjin yang sesuai untuk persaingan ini ialah enjin pengecas lampau V8 berkapasiti 5.2 liter yang hadir daripada unit Mustang Shelby GT500 - dengan kuasa anggaran dikatakan sekitar 700 kuasa kuda. 

Namun, Ford masih lagi mempunyai sebuah enjin V8 yang lebih berkuasa, iaitu enjin pushrod 7.3 liter yang diperkenalkan untuk Ford F-Series Super Duty awal tahun lalu. 

Seperti mana enjin Mustang tadi, enjin 7.3 liter ini masih lagi tidak diketahui angka dan spesifikasinya namun Ford menjanjikan kuasa yang dihasilkan adalah 'yang terbaik di dalam kelasnya'. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Digelar sebagai trak pikap paling berkuasa dan paling pantas, Ram 1500 TRX dilengkapi dengan nadi…
Berita Global
Salah satu kenderaan yang paling menarik perhatian adalah sebuah Ford F-150 Raptor yang dibangunkan…
Berita Global
Minggu lalu, gempar seketika internet apabila tersebarnya gambar intipan sebuah model ujian Ford F-…