Ford-SDAC umum Promosi Servis, jimat sehingga 20 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan Promosi Servis hujung tahun bermula 23 November 2020 sehingga 15 Februari 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Ketika negara menantikan tahun baharu dengan harapan untuk membebas daripada pandemik, memberi tumpuan pada arah kesihatan yang lebih baik merupakan keutamaan ramai. Sejajar dengan itu, kami menggalakkan semua pemilik Ford memastikan kesihatan kenderaan mereka turut diberi perhatian dengan memanfaatkan promosi servis yang ditawarkan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Pengurusan, Sime Darby Auto ConneXion.


Semasa pelanggan membuat tempahan waktu servis dalam tempoh Promosi Servis, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk penyelenggaraan kenderaan bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin. Penjimatan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan turut boleh dinikmati.

Selain itu, bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik, pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah secara percuma.

Pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 dalam satu resit akan mendapat beg serbaguna eksklusif untuk aktiviti harian.

 


Alat Ganti Tulen Ford

Apabila kenderaan diservis di mana-mana 42 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara, pelanggan boleh yakin bahawa hanya alat ganti dari Pengilang Peralatan Tulen (OEM) yang akan digunakan. Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan akan dijamin dengan standard kualiti tertinggi, pemasangan dan kemasan yang terbaik kerana ia sememangnya direka khas untuk kenderaan Ford demi mencapai prestasi terhebat.

Sebagai tambahan, semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000 km, yang mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Para pelanggan adalah digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu menerusi beberapa pilihan dibawah:
•    Tempah janji temu e-Servis dalam talian melalui laman web kami: sdacford.com.my/book-a-service-form
•    Hubungi Pusat Servis Ford yang sah. Senarai pusat servis yang beroperasi boleh didapati di: sdacford.com.my/locate-a-dealer
•    Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300 38 3181

Semua pusat servis dan bilik pameran masih dibuka di lokasi yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bergantung kepada pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa, selain penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut tentang Promosi Servis atau berita terkini Ford, sila layari sdacford.com.my