Ford-SDAC tawar rebat tunai RM7,000 untuk pembeli trak pikap Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi menarik yang menawarkan penjimatan untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus and XL, yang sedang berlangsung sementara stok masih ada.
Modenas

Para pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan Ford Ranger WildTrak dan Ford Ranger XL, pembelian kenderan tersebut akan mendapat rebat tunai sehingga RM7,000. Untuk pembelian Ford Ranger XLT PLUS pula, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM7,188.

“Barisan Ford Ranger terus menambat hati para pelanggan dengan reputasinya sebagai pikap yang berkeupayaan untuk apa jua tujuan samada untuk kerja, bersantai mahupun kedua-duanya.

"Dengan menawarkan penjimatan ini, kami berharap ia mengurangkan beban kewangan para pelanggan yang ingin menjadi pemilik sebuah Ford Ranger yang serba boleh dan tahan lasak,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

 


Ford Ranger WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang memberikan tenaga luar biasa sehinnga 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm.

Menampilkan pelbagai teknologi pintar yang tersendiri dan menjadi peneraju di dalam kelasnya, WildTrak menawarkan kelasakan dan juga perincian yang tidak ada pada trak pikap lain dalam segmennya.

Ford Ranger XLT menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang mampu memberikan tenaga sehingga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan seperti sistem masuk tanpa kunci dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat membuatkan ia sebagai pilihan ideal untuk kerja dan aktiviti pengembaraan.

Ford Ranger XL adalah kenderaan kerja yang amat sesuai untuk kerja-kerja lasak. Ia direka khusus untuk menjadikan semua tugas yang mencabar menjadi mudah, Kemampuannya membawa bebanan sehingga 1,000kg dan keupayaan menunda sehingga 3,500kg memberikan anda keyakinan untuk menyelesaikan apa jua kerja.

 


Para pelanggan yang ingin merebut peluang tawaran promosi kini boleh meminta untuk kenderaan pandu uji dihantar ke rumah atau pejabat mereka sekiranya wakil pengedar dipilih berada dalam jarak 10km radius.

Pilihan pandu uji ini boleh diuruskan samada dengan menghubungi wakil pengedar terdekat, memohon secara dalam talian melalui laman web SDAC-Ford atau menghantar pesanan WhatsApp kepada Jurual Digital Ford di talian 019 204 1200.

‘Jurujual Digital’ juga akan melayan pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembelian kenderaan termasuk kebolehsediaan stok, pinjaman pembiayaan, cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan dan juga pilihan insuran.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Apa yang tidak dimaklumkan adalah bahawa harga untuk barisan model tahun 2021 Ranger telah…
Berita Domestik
Varian Ford Ranger Wildtrak menawarkan pelbagai ciri keselamatan yang pertama untuk segmen trak…
Berita Domestik
“Ketika negara menantikan tahun baharu dengan harapan untuk membebas daripada pandemik, memberi…