Ford sahkan produksi Fiesta tamat Jun 2023, bakal digantikan oleh Puma EV

oleh Mohamad Hanif|
Ford secara rasmi mengumumkan plet nama yang paling popular Ford Fiesta akan digugurkan dari portfolio jenama itu pada bulan Jun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah satu daripada model yang paling lama bertahan dalam sejarah Ford, peranan Ford Fiesta akan digantikan oleh Ford Puma EV yang akan dibina di kilang Craiova, Romania.

Dengan berakhirnya produksi Fiesta di kilang Cologne, Jerman, maka tiada lagi kereta berenjin pembakaran dalaman yang akan dipasang di kilang terpenting Ford di luar Amerika Syarikat itu.
 

Fiesta


Sebaliknya, ia akan ditukarkan menjadi Cologne Electrification Center, di mana Ford akan memasang sebuah crossover elektrik saiz pertengahan menjelang tahun depan, dengan sasaran produksi 1.2 juta unit untuk tempoh enam tahun akan datang.

Produksi enjin tiga silinder 1.0 liter EcoBoost juga akan dipindahkan ke kilang enjin di Craiova, Romania.
 

Fiesta


Ford turut mengumumkan kesemua tempahan pelanggan akan terus dibina dan tempahan akan terus dibuka sehinggalah kuota angka produksi yang tersisa telah dipenuhi.

Ford Fiesta mula dilancarkan kepada umum pada tahun 1976, dan kini mempunyai sembilan generasi melata di atas dunia dengan lebih 18 juta unit telah terjual.

 


Dalam video peringatan It's Time to Say #FarewellFiesta yang dimuatnaik baru-baru ini, Ford turut memperlihatkan gambar acah crossover elektrik Ford Puma, pengganti Fiesta yang bakal dilancarkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, unit terakhir Ford Fiesta akan diluncurkan daripada barisan…
Berita Global
Namun, selepas 46 tahun hatchback segmen B tersebut mungkin tidak akan mendapat model pengganti…
Berita Global
Kemaskini pertengahan kitaran ini membawakan perubahan dari segi kosmetik, di mana ia didatangkan…