Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dengan elemen Raptor, dari RM136,888

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan penjualan model Ranger XLT Plus Edisi Khas untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan bermula RM136,888.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana tiba dahulu.

Serentak dengan itu, orang ramai boleh berkunjung ke Centre Court Queensbay Mall Pulau Pinang pada 24-27 Februari ini untuk melihat dengan lebih dekat penawaran terbaharu bagi keluarga trak pikap Ranger itu.

Unit pameran pula boleh didapati di pusat-pusat pameran Ford di seluruh negara bermula 10 Mac ini.
 

XLT


Apa yang membezakan Ranger XLT Plus Edisi Khas adalah dari segi penampilan di mana ia kini membawakan:

  • rekaan gril hadapan ala Raptor
  • fender flare
  • bar sporti yang direka semula
  • scuff plate dengan logo Ranger dan lampu LED
  • alat perakam pemanduan dengan ciri rakaman HD, rakaman waktu malam, aplikasi peranti pintar iOS dan Android

Dari segi kuasa, Ranger XLT Plus Edisi Khas tampil dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo tunggal yang mampu menghasilkan 180 PS dan 420 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.
 

XLT


Selain daripada keupayaan meredah air sedalam 800 mm, Ranger XLT Plus Edisi Khas turut didatangkan dengan ciri pintar seperti:

  • pintu kargo belakang mudah angkat
  • sistem multimedia SYNC® dengan kamera undur
  • sistem 4x4 shift-on-the-fly
  • Limited Slip Differential (LSD)
  • Bantuan Menurun Cerun (HDC)
  • Bantuan Mula Mendaki (HLA)
  • Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik beserta Kawalan Cengkaman
  • Mitigasi Pelanggaran Tergolek
  • Kawalan Ayunan Treler
  • Kawalan Adaptif untuk Beban

Terdapat lima warna yang boleh dipilih iaitu Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan Meteor Grey.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…