Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition dilancarkan - harga dari RM158,388

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar tunggal kenderaan berjenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan varian khas Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition bertempat di 1Utama Shopping Centre, baru-baru ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Boleh didapati dalam dua warna iaitu Saber atau Absolute Black, Ranger Sport Special Edition ini menampilkan reka bentuk dan aksesori luar yang disegarkan seperti rekaan jeriji hadapan baharu, perumah cermin sisi hitam, pemegang pintu hitam, serta rim aloi hitam bersaiz 18 inci.
 

Ranger


Sementara ruang kabin pula mendapat tempat duduk dengan balutan upholsteri kulit timbul, plet ambang pintu beriluminasi, serta kemasan jahitan pada roda stereng.

Dari segi kuasa, Ranger Sport WildTrak Special Edition ini mengekalkan nadi 2.0 liter Bi-Turbo yang mampu menghasilkan 213 PS dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Malah, Ranger WildTrak Sport Special Edition ini turut mengekalkan ciri keselamatan seperti brek kecemasan autonomi (AEB) dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, amaran pelanggaran hadapan, serta amaran dan bantuan keluar laluan.
 

Ranger


Dalam pada itu, orang ramai juga dijemput untuk menyertai cabaran media sosial dan berpeluang memenangi barangan eksklusif Ford.

Cabaran #FORDeverysecondcount ini menggambarkan perubahan keutamaan kehidupan seseorang semasa negara beralih kepada fasa normal. Cabaran ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan menghasilkan montaj berdurasi 1 saat yang memaparkan gaya hidup yang mereka mahu jalani bermula sekarang, dan tidak ketinggalan untuk memasukkan tanda pagar #FORDeverysecondcount dan #fordmalaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula sekarang sehingga 30 April ini, mana-mana pelanggan yang mahu mendapatkan Ford Ranger…
Berita Domestik
  Pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelengaraan…
Berita Global
Ford Ranger FX4 ini dibina berdasarkan varian XLT yang terjual di pasaran, dan didatangkan dengan…