Ford Ranger T6 2021 facelift dilancarkan di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Meriah seketika industri automotif apabila bukan satu, akan tetapi dua buah model trak pikap menerima versi facelift mereka masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada Nissan Navara dengan penggayaan seakan sebuah trak pikap Nissan Titan itu, sebuah lagi pendatang dalam segmen trak pikap saiz sederhana adalah Ford Ranger T6 yang turut hadir dengan versi facelift untuk model tahun 2021.

 


Diperkenalkan di Thailand (juga), Ford Ranger 2021 mendapat perubahan seperti gril hadapan trapezoid berwarna hitam seperti yang didapati pada model edisi terhad Ford Thunder untuk pasaran Eropah awal tahun ini.

Trim hitam turut diaplikasikan pada beberapa bahagian seperti pemegang pintu, cermin sisi, serta roda aloi.

Namun, tiada sebarang perubahan didatangkan pada ruang kabin.

 


Untuk varian Ranger Wildtrak turut mendapat aksesori power roller shutter untuk kemudahan simpanan barang yang lebih menyenangkan pada bahagian bed belakang.

Sebuah lagi varian baharu diperkenalkan dinamakan sebagai XL Street dalam konfigurasi SuperCab di mana ia menampilkan jalur grafik yang diinspirasikan daripada Ford Thailand Racing.

 


Model trak pikap Ford Ranger 2021 ini dijangka akan mendarat di pasaran Eropah bermula tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…