Ford Ranger RTR buat kemunculan di SEMA 2019

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menyentuh dua buah model sebelum ini, iaitu Ford Mustang RTR dan Ford F-150 RTR, RTR Vehicles kini membuat keputusan untuk meluaskan pengaruh mereka kepada trak pikap saiz pertengahan yang kian meningkat popularitinya - Ford Ranger.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

RTR Vehicles tidak menawarkan sebarang naik taraf kuasa, akan tetapi mereka hanya menawarkan naik taraf berbentuk kit badan luaran sahaja, seperti gril dengan LED ikonik RTR, fender flare serta grafik badan bertemakan RTR. 

 


Pun begitu, RTR tetap menawarkan naik taraf kepada sistem suspensi, di mana sistem gantungan asal telah digantikan dengan kit suspensi Fox 2.0. 

Bagi memastikan kuasa dari enjin disalurkan kepada jalan dengan lebih berkesan, tayar dari Nitto Ridge Grappler telah digunakan  membaluti set rim bersaiz 17 inci RTR Tech 6. 
 


Mengakhiri modifikasi, set ekzos Ford Performance catback telah digunakan bagi menyalurkan gas-gas pembakaran ke atmosfera sekaligus menghamburkan bunyi yang garang daripada Ford Ranger ini. 

Pakej yang ditawarkan oleh RTR Vehicles ini boleh didapati pada harga $9,800 (RM40,538) hanya untuk Ford Ranger pasaran Amerika Syarikat sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…