Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu rasmi di pasaran Malaysia - 210 PS, 500 Nm, bermula dari RM248,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah melancarkan Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi saiz Raptor Ranger versi diesel itu masih memiliki saiz yang sama seperti versi petrol, iaitu 1922 mm tinggi, 2028 mm lebar dan 5381 mm panjang.

Generasi terbaharu itu kini menerima tambahan pilihan enjin Diesel Bi-Turbo 2.0 liter empat silinder yang dipertingkatkan bagi menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api lebih baik.

 

2

 

Enjin Diesel Bi-Turbo 2.0 liter itu mampu menghasilkan 210 PS (207 HP) dan 500 Nm, disamping memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Kini varian Ranger Raptor generasi baharu ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu yang terbaharu enjin 2.0 liter Bi-Turbo Diesel, dan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang sedia ada.

Pilihan enjin baharu itu turut dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, bersama sistem Electronic Shift On-The-Fly (ESOF).

 

3

 

Sistem ESOF itu merangkumi transfer case 2-kelajuan dengan empat mod, iaitu 2WD High, 4WD High, 4WD Low, dan 4WD Auto yang khusus untuk varian Raptor.

Dari segi suspensi, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel turut menggunakan gantungan jenis double wishbone bersama penyerap hentak FOX 2.5" Internal Bypass di hadapan.

Melengkapkan lagi rupa Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel ialah rim bersaiz 17 inci , dibaluti tayar BFGoodrich all-terrain KO2

 

5

 

Pada bahagian dalaman, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel mengekalkan ciri yang sama seperti versi petrol, dimana ia dilengkapi skrin infotainment 12 inci bersama fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, serta paparan meter 12.4 inci.

Ia turut dilengkapi sistem audio dari Bang & Olufsen bersama lapan pembesar suara.

Terdapat tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Mud/Ruts, Sand, dan Baja, dibantu dengan Trail Control System yang merupakan fungsi kawalan jelajah versi off-road.

 

4

 

Satu lagi ciri khusus yang ditawarkan untuk varian Ranger Raptor, ialah soket kuasa 3 pin di bahagian dalam dan bed belakang yang pastinya memudahkan aktiviti kembara luar bandar.

Tidak dilupakan, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel turut dilengkapi rangkaian ciri keselamatan, merangkumi 6 beg udara, Adaptive Cruise Control, Lane Centering, sistem maklumat titik buta (BLIS), Evasive Steer Assist dan Rear Cross-Traffic.

Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu ditawarkan pada harga RM248,888, bersama waranti 5 tahun atau 160,000 km, pelanggan juga boleh memilih tempoh waranti selama 7 tahun melalui pakej jaminan PremiumCare.

 

6

 

Warna juga kini ditawarkan dengan lima pilihan, iaitu Absolute Black, Artic White, Blue Lightning, Conquer Grey, serta warna baharu Code Orange.

Bermula esok, 9 Jun hingga 11 Jun 2023, pelanggan yang berminat dijemput hadir ke pelancaran rasmi di MRANTI Park bagi menyaksikan sendiri Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu itu.

 

7

 

Sempena pelancaran tersebut, 300 tempahan terawal untuk Raptor versi diesel itu akan menerima sistem dashcam Kenwood bersama kamera quad-HD di depan dan kamera HD penuh di belakang.

300 tempahan terawal juga akan menerima diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways, yang boleh ditebus apabila menerima telah menerima Ford Ranger Raptor diesel yang dibeli.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…