Ford Ranger Raptor 2023 bakal ditawarkan dengan enjin 2.0L diesel untuk pasaran Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) dalam pengumuman terkininya telah mendedahkan bahawa pilihan enjin diesel Ranger Raptor 2023 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 9 Jun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger Raptor yang dijual masa kini ditawarkan dengan enjin 3.0L V6 turbo berkembar menghasilkan 397 HP dan 583 Nm.

Enjin ini dibina khusus untuk Ford Ranger Raptor generasi baharu dan ia juga digunakan oleh Ford Bronco Raptor, dimana ia datang dari keluarga enjin sama dengan unit 3.5L yang digunakan oleh Ford F150.

 

2

 

Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan yang sama seperti Raptor lama, tetapi dengan nisbah yang ditukar untuk dipadankan dengan enjin petrol itu.

Bagi nadi versi diesel, ia merupakan enjin 2.0L bi-turbo diesel yang menghasilkan 207 HP dan 500 Nm, yang boleh dilihat pada varian XLT Plus dan Wildtrak, dimana ia turut dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Pelancaran bagi Ford Ranger Raptor dengan enjin 2.0L bi-turbo diesel akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2023 bertempat di MRANTI Open Space, Kuala Lumpur.

 

 

Sempena pelancaran yang akan berlangsung, 300 tempahan terawal untuk Raptor versi diesel itu akan menerima sistem dashcam Kenwood bersama kamera quad-HD di depan dan kamera HD penuh di belakang.

300 tempahan terawal juga akan menerima diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways, yang boleh ditebus apabila menerima telah menerima Ford Ranger Raptor diesel yang dibeli.

Harga jualan Ranger Raptor 3.0L V6 petrol bermula dari RM259,888, termasuk jaminan lima tahun atau 160,000 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…