Ford Ranger rangkul anugerah trak pikap terbaik 2019 dari Frost & Sullivan!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu acara penyampaian Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan, Ford Ranger selaku trak pikap popular di Malaysia telah menerima penganugerahan Trak Pikap Terbaik 2019. 

Penyampaian anugerah ini adalah berdasarkan prestasi Sime Darby Auto ConneXion selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia yang dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti peningkatan kualiti, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan serta kelebihan ciri-ciri yang kompetitif. 

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan SDAC berkata, "Kami berasa berbesar hati menerima pengiktirafan yang amat berprestij ini daripada Frost & Sullivan menerusi trak pikap Ranger.

"Sejak pengenalannya, Ranger telah membuktikan ia sememangnya menjadi tanda aras industri bagi segmen trak pikap, menerusi kecekapan dan inovasi teknologi yang ditawarkan di Malaysia," ujar beliau lagi. 

Selain daripada anugerah Frost & Sullivan, Ford Ranger turut berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…