Ford Ranger MS-RT dilancarkan di UK

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model-model van Ford Transit Custom dan Transit Connect, MS-RT turut hadir dengan sentuhan yang tersendiri untuk model trak pikap Ford Ranger.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Ford Ranger MS-RT, ia menggunakan asas daripada Ford Ranger Wiltrak yang hadir dengan enjin 2.0 liter turbo diesel yang menghasilkan 210 kuasa kuda dan 500 Nm.

Trenkuasa, transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda mekanikal dikekalkan tanpa sebarang talaan, di mana menurut Ford ia masih mampu membawa muatan sehingga 3,500 kg dan keupayaan menunda sehingga 1,098 kg.

 


Dari segi penampilan, MS-RT telah melengkapkan Ranger ini dengan bampar hadapan yang telah direka semula, kemasan efek karbon pada gril radiator, dan rekaan lampu kabus serba baharu.

Kemasan yang sama turut digunakan pada perumah cermin sisi, manakala pintu hadapan dan tailgate ditampal dengan lencana MS-RT sebelum diakhiri dengan rear load bar yang lebih aerodinamik.

 


Jika anda perasan, arca roda Ford Ranger MS-RT ini telah direka semula supaya lebih agresif bagi memuatkan roda aloi OZ Racing bersaiz 20 inci.

Untuk ruang kabin, upholsteri asal telah digantikan dengan bahan kulit hitam dengan jahitan kontras jingga, roda stereng balutan kulit baharu, sistem infotainmen SYNC3 lapan inci, jahitan logo MS-RT pada dua kerusi hadapan, sistem pencahayaan ambien dan alas lantai MS-RT.

 


Selain daripada itu, Ford juga menawarkan kotak bunyi yang boleh dikawal menerusi aplikasi peranti pintar, di mana kotak ini akan menghasilkan bunyi not ekzos yang telah diubahsuai memasuki ke dalam ruang kabin.

Ford Ranger MS-RT akan mula dijual di pasaran UK menjelang musim panas tahun ini.

 

Ford Ranger MS-RT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…