Ford Ranger Getaways anjur kembara sambil makan durian di Pulau Pinang, 18 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kejayaan menganjurkan Ranger/Raptor Training Experience di Sepang tempoh hari, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia kini membawakan sebuah lagi program khusus untuk para pemilik Ford Ranger/Ranger Raptor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kembara dua-dalam-satu itu akan menggandingkan cabaran mengendalikan trak pikap Ranger mereka merentasi pelbagai laluan termasuk off-road di bawah bimbingan tenaga pengajar professional, termasuklah meredah air, pemanduan dalam hutan di waktu malam, rock climbing yang ringan dan pelbagai lagi.
 

Ranger


Selepas pengalaman 4x4, peserta akan menuju ke Green Acres Orchard, Balik Pulau yang ditempah khas untuk menikmati hidangan durian dan juadah makan tengah hari.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM976 untuk setiap Ranger dengan penyertaan maksimum empat orang untuk setiap kenderaan.
 

Ranger


Selain daripada itu, Ford Ranger Getaways turut menawarkan beberapa pakej menarik yang terbuka kepada para pelanggan Ranger dan Ranger Raptor, termasuklah pakej percutian ke Desaru (Johor), Bukit Bendera (Pulau Pinang), atau menikmati pengalaman mengendalikan pesawat Airbus A320 menerusi simulasi penerbangan dan menjadi juruterbang untuk tempoh satu hari di bawah penyeliaan juruterbang professional.

Tempahan dan pembayaran boleh dibuat menerusi platform Ford Ranger Getaways.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…
Berita Domestik
Program yang julung kali dicipta ini menyediakan pengalaman unik Live the Ranger Life menerusi…