Ford Ranger generasi baharu mungkin dilancarkan tahun 2023 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Ford Ranger generasi baharu telah pun diperlihatkan kepada dunia menerusi video teaser ringkas yang dimuatnaik beberapa minggu yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berita terbaharu yang diterima mencadangkan trak pikap Ford Ranger itu tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat, sebaliknya akan dilancarkan pada tahun 2023!

Menurut laporan daripada forum Ranger6G.com, mereka diberitahu oleh orang dalam Ford yang mendakwa Ranger baharu akan dilancarkan di peringkat global pada tahun 2023 untuk pasaran seperti Australia dan Thailand.

Sementara produksi Ford Ranger di Michigan Assembly Plant pula hanya akan bermula pada 1 Mei 2023, sebelum dihantar ke pengedar seawal 3 Julai 2023.

Tambah sumber itu lagi, Ford Ranger generasi baharu disasarkan mempunyai tempoh hayat sehingga lapan tahun.

Sebelum ini, model ujian trak pikap Ford Ranger generasi baharu telah pun dikesan di beberapa buah lokasi di seluruh dunia, sementara di Eropah pula terdapat versi prototaip plug-in hybrid telah ditemukan.

Beberapa minggu yang lalu, sebuah video teaser generasi baharu trak pikap Ford Ranger 2023 dimuatnaik memaparkan trak pikap yang masih lagi berselubung dengan pelekat samaran diuji dalam pelbagai kondisi pemanduan seperti jalan berlumpur, padang pasir, laluan berbatu, laluan bersalji dan tidak ketinggalan laluan off-road.

Sumber: Ranger6G.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…