Ford Ranger generasi baharu dikesan di Thailand - bawakan rupa seperti Maverick

oleh Mohamad Hanif|
Rupa paras sebenar Ford Ranger generasi baharu akhirnya terdedah dengan lebih terperinci berdasarkan gambar intipan yang berjaya diperoleh daripada negara jiran.

Meskipun masih lagi penuh dengan pelekat samaran, namun bentuk rekaan sebenar lampu depan boleh dilihat dengan jelas dan dilihat membawakan elemen rekaan daripada trak pikap unibodi Maverick serta abangnya F-150.
 

Ranger


Ia juga turut menampilkan rekaan gril yang agak besar, diikuti dengan logo Ford di tengah-tengah bar melintang berkembar yang menghubungkan unit lampu utama itu tadi.

Dengan adanya gambar terbaharu, ia secara tidak langsung mengesahkan rekaan sebenar generasi baharu Ranger yang tertiris kira-kira dua tahun yang lalu oleh laman automotif Australia Wheels.

 

Ranger


Selain daripada rupa baharu, Ford Ranger juga bakal membawakan perubahan dari segi penawaran trenkuasa, di mana model plug-in hybrid bakal diperkenalkan bersama-sama model berkuasa petrol dan diesel.

Difahamkan varian PHEV ini menggandingkan nadi 2.3 liter petrol bersama motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 367 PS dan 680 Nm, serta bacaan penggunaan bahan api serendah 3.0 liter/100 km.

Ford Ranger generasi baharu ini dibangunkan bersama-sama dengan Volkswagen, di mana VW akan hadir dengan trak pikap tersendiri, iaitu Amarok generasi baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model Ranger, Ford Everest 2023 hanya akan ditawarkan dengan penawaran enjin diesel…
Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…
Berita Domestik
  Katanya, ia berikutan pemandu wanita berusia 28 tahun yang memandu sebuah pacuan empat roda 4x4…