Ford Ranger Black Edition - cuma tambah RM8.1k sahaja (di US)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baharu sahaja beberapa bulan menjejakkan kaki (baca: tayar) di pusat pameran sekitar Amerika Syarikat, pejabat Blue Oval membuat keputusan untuk memberikan nafas baharu kepada trak pikap Ford Ranger. 

Diberikan nama sebagai Black Edition, terdiri daripada aksesori kosmetik berwarna hitam seperti gril hadapan, running board, cermin sisi, sill plate, liang udara fender  serta plet pelindung pada bumper (bash plate) yang didatangkan khusus untuk model FX4.

 


Bagi menghiasi ruang arca roda pula, set rim aluminium bersaiz 18 inci dengan layangan warna hitam berkilat telah digunakan, termasuklah center cap berwarna hitam. 

Kesemua aksesori Black Edition diatas boleh didapati pada harga $1,995 sahaja (RM8,109). 

 


Nampak menarik dan kekal penampilan Ranger yang ringkas pada masa yang sama. 

Baca: Ford Ranger Storm dan Ford Ranger Black Edition

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…