Selepas itu, ia akan dibawa ke selatan tanah air di mana peminat Ranger boleh melihat sendiri model baharu ini di Toppen Shopping Mall, JB pada 10-14 Ogos 2022.
Acara pratonton ini adalah sebahagian daripada penampilan sulung awam di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai mendekati model terkini trak pikap ikonik Ford ini.

Sebagai tambahan, mereka yang telah menerima jemputan eksklusif ke acara ini juga akan diberikan tempat ketika majlis pengenalan pada 3 Ogos, dari 10.30-11.30 pagi dan diberikan taklimat terperinci berkaitan Ranger generasi baharu.
Generasi baharu Ford Ranger yang baharu sahaja mendarat di pasaran Malaysia menampilkan rekaan serba baharu dengan gaya yang lebih menawan, prestasi off-road dipertingkat, serta pelbagai teknologi pintar yang mampu meninggikan aras di dalam segmennya.

Selain daripada dua lokasi di atas, SDAC bakal mempertontonkan Ford Ranger di Malaysia Timur, pada 7-11 September di Vivacity Megamall, Kuching dan pada 5-9 Oktober di Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu.
Untuk mendapatkan jemputan eksklusif, anda boleh mendaftar di laman web INI, atau maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman media sosial Ford Malaysia.