Ford Ranger antara 3 juta kenderaan dipanggil semula akibat beg udara Takata di US!

oleh Mohamad Hanif|
Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mengumumkan kempen panggil semula melibatkan tiga juta unit kenderaan berjenama Ford di Amerika Syarikat yang dipasang dengan beg udara defektif Takata, seperti Ford Ranger, Fusion, Edge, Lincoln Zephyr/MKZ, MKX, dan Mercury Milan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut agensi tersebut, selain daripada kenderaan Ford, NHTSA juga turut menyeru Mazda untuk menjalankan kempen yang serupa bagi menggantikan beg udara melibatkan kira-kira 5,800 unit kenderaan B-Series yang direka dan dibina oleh Ford.

Kesemua unit yang terjejas itu merupakan model yang dibina antara tahun 2006 hingga 2012.

Unit inflator beg udara Takata yang terpasang pada model-model tersebut mempunyai potensi untuk meledakkan butiran yang mampu mengakibatkan kematian, terutama setelah terdedah kepada kadar kelembapan yang tinggi untuk jangka masa yang lama.

"Terdapat bukti yang jelas bahawa komponen inflator itu mampu mengakibatkan risiko keselamatan," ujar NHTSA setelah mengumumkan sekurang-kurangnya 17 juta kenderaan yang dilengkapi dengan beg udara Takata masih lagi belum diselesaikan awal bulan ini.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 27 kes kematian dilaporkan di seluruh dunia, dan lebih 400 kes kecederaan berkaitan dengan isu ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…