Ford Ranger ada recall

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini imej berkaitan satu kesilapan teknikal yang akan menjadi isu panggil semula atau recall muncul di laman sosial.

 

Pemilik Ford Ranger kini dipanggil semula untuk menggantikan selak tempat duduk belakang yang berkemungkinan rosak.

 

Kegagalan selak itu berfungsi boleh mengakibatkan kerusi tempat duduk belakang tidak dapat berada di kedudukan yang betul dan menyumbang kepada risiko kecederaan penumpang belakang sekiranya berlaku kemalangan atau pelanggaran.

 

Kami telah mendapatkan respon dari pihak Ford sendiri berkenaan isu ini, dan Ford kini telah mengumumkan bahawa model yang terjejas adalah Ford Ranger T6 keluaran 12 Januari 2012 hingga 3 November 2016.

 

Menurut Ford, proses penggantian bahagian yang terjejas akan dilakukan secara percuma kepada semua pemilik. Proses penggantian juga mengambil masa kurang dari setengah hari untuk disiapkan.

 

Kepada pemilik Ford Ranger, anda dinasihatkan untuk segera ke Pusat 3S Ford untuk melakukan proses penggantian sebagai langkah berhati-hati sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

 

T6 Ranger

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…