Ford Ranger 2020 spesifikasi Thailand terima kemaskini, dan varian baharu FX4!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun 2020, pihak Ford Thailand telah membawakan sedikit kemas kini untuk trak pikap Ford Ranger T6 di mana mereka kini turut memperkenalkan sebuah varian baharu Ranger FX4 2.2 Hi-Rider.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger FX4 ini dibina berdasarkan varian XLT yang terjual di pasaran, dan didatangkan dengan nadi 2.2 liter Duratorq TDCi yang menghasilkan 160 hp dan 385 Nm daya kilas. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda meneris transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 
 


Dari segi penampilan luaran, Ford Ranger FX4 menerima rim aloi bersaiz 18 inci serba baharu dengan tayar 265/60, gril hadapan baharu berwarna hitam, bumper depan dan belakang, pelindung cermin sisi dan lampu kabus, pemegang pintu dan sports bar - kesemuanya dilayangkan warna hitam. 

Kemasan dalaman juga turut diberikan bahan kulit berwarna hitam dengan jahitan kontras merah yang boleh didapati pada konsol perehat tangan tengah dan papan pemuka. 
 


Manakala dari aspek yang lain, ia masih membawakan spesifikasi yang sama seperti Ranger XLT seperti sistem infotainmen SYNC3, enam buah pembesar suara, skrin info berbilang 4.2 inci, tempat duduk pemandu boleh laras enam cara, tempat duduk penumpang boleh laras empat cara, stereng balutan kulit dan cermin sisi boleh lipat berkuasa. 

Selain daripada pengenalan Ranger FX4, varian Ranger lain turut diberikan sedikit penambahbaikan. 
 


Ford Ranger Wildtrak kini menerima set rim baharu bersaiz 18 inci, lampu hadapan Bi-LED dengan lensa projektor berbentuk petak, dan slot USB di belakang cermin pandang belakang untuk keperluan pemasangan dashcam. 

Untuk Ranger Raptor pula, ia turut menerima kemas kini yang serupa seperti Ranger Wildtrak, manakala vinil grafik di belakang telah dibuang. 

Namun, Ranger Raptor kini lebih selamat apabila ciri brek kecemasan autonomi dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, bantuan kekal laluan dan sistem amaran pelanggaran hadapan dilengkapkan secara standard. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Boleh didapati dalam dua warna iaitu Saber atau Absolute Black, Ranger Sport Special Edition ini…
Berita Domestik
Bermula sekarang sehingga 30 April ini, mana-mana pelanggan yang mahu mendapatkan Ford Ranger…
Berita Domestik
  Pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelengaraan…