Ford Ranger 2019 skor cemerlang ujian pelanggaran IIHS!

oleh Mohamad Hanif|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ford Ranger 2019 yang memasuki pasaran Amerika Syarikat bermula Januari lalu berjaya memperoleh markah tinggi dalam hampir kesemua aspek ujian pelanggaran yang dilakukan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). 

Keputusan ini meletakkan Ford Ranger di tempat teratas mengalahkan pesaing-pesaing terdekat dari Nissan, Chevrolet dan GMC.

Ia sekaligus menjadikan Ford Ranger duduk sama aras dengan pendahulu segmen trak pikap saiz pertengahan, Toyota Tacoma. 

Jika dipecahkan kepada aspek-aspek yang diuji, Ford Ranger memperoleh skor Baik (Good) dalam ujian pelanggaran pertindihan kecil sebelah pemandu (small overlap), pertindihan sederhana (moderate overlap), pelanggaran sisi, kekuatan bumbung dan juga ujian penahan kepala. 
 


Dalam ujian pelanggaran hadapan pertindihan kecil sebelah penumpang, Ranger sekadar memperoleh markah Diterima (Acceptable). 

Hanya satu perkara yang menghalang Ford Ranger daripada memperoleh penarafan Top Safety Pick disebabkan prestasi lampu utamanya yang kurang memuaskan. 

Namun, dalam ujian sistem pengelakan pelanggaran hadapan, Ford Ranger memperoleh markah cemerlang. 

Menurut IIHS, ia mampu mengelakkan pelanggaran pada kelajuan 12 batu sejam (19 km/j) dan mengurangkan kelajuan purata kepada 24 batu sejam (39 km/j) dalam ujian 25 batu sejam (40 km/j). 

Semenjak memasuki pasaran Amerika, Ford telah berjaya menjual kira-kira 22,917 unit trak pikap Ranger dalam masa lima bulan pertama tahun ini, menurut data yang diperoleh daripada Automotive News Data Center.

 

Sumber: IIHS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…