Ford perlihat konsep Bronco Overland - geng camper mesti suka!

oleh Mohamad Hanif|
Tiada jalan lain yang lebih menarik untuk menampilkan pelbagai jenis aksesori original Bronco dari Ford, melainkan dengan mencipta sebuah kereta pameran khusus yang dikenali dengan nama Bronco Overland Concept.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model konsep Bronco Overland ini diperlihatkan secara rasmi pada acara perjumpaan terbesar pemilik Bronco, Bronco Super Celebration East di Townsend, Tennessee, Amerika Syarikat.

 

 


Ford menggunakan model asas daripada Bronco Badlands 2021 yang dikemaskan dengan warna 'Area 51', dan penuh dengan muatan barangan aksesori original yang sesuai digunakan untuk aktiviti meredah hutan belantara di hujung minggu.

Antara aksesori yang dimuatkan termasuklah bumper keluli modular Ford Performance, cangkuk Warn, rak bumbung yang menempatkan khemah tugas berat dari Yakima, serta bar lampu Rigid sebagai tambahan kepada enam unit pod light yang dipasang pada sekeliling Bronco ini.

 


Antara kelengkapan lain yang boleh dilihat termasuklah peti sejuk ARB, kit memasak, dan dapur yang dimuatkan pada sistem pengurusan kargo.

Peti sejuk ARB itu tadi dilengkapi dengan sistem tray jenis gelongsor yang memudahkan anda untuk mengisi perut di masa lapang, sambil membuat kerja di atas meja tailgate.
 


Ford Bronco Overland Concept dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris EcoBoost 2.3 liter (270 hp/420 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan.

Ia menampilkan ciri High-Performance Off-Road Stability Suspension System (H.O.S.S) yang dilengkapi peredam sensitif posisi daripada Bilstein, sementara rim pula bersaiz 17 inci dari Fifteen52 yang dibaluti tayar mud-terrain 35 inci daripada BFGoodrich.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…